Home Shaklee Parents Tips Travel My Love Misc

Tuesday 16 August 2016

Mandi Manda Di Sunway Lagoon

Assalamuaikum uols

Minggu lepas bukan main lagi, company iols buat family days kat sunway. Kemain lagi staff-staff TCAPM bermandi-mandi, berjimba-jimba dekat sana. Iols pun sama. On that day, iols jadi single mingle memandangkan En Sebend kata

harini awak tak payah fikir keje rumah. awak berseronok je arini

Memandangkan En Sebend da bagi lampu hijau, iols pun menurut perintah diraja je. Iols drive je ke sana sebab lokasi Sunway Lagoon 5 minit je dari rumah beta. Tapi Kea ke Kelana Jaya dulu menjemput Nadia & Fairuz. Sebab janjinya nak jumpa beramai-ramai dekat Sun Inns Hotel. Dari KJ, kami mengahala ke Sun Inn Hotel, sebab most of us da ada kat sana.

Sampai je kat sana, kami punya partner of crime da setia menunggu dekat Petron. Tapi kami tak gerak lagi, sebab tunggu Niza(one of partner of crime) yang tak sampai lagi. Bila semua dah berkumpul agenda pertama yang kitorang buat adalah makan. Memandangkan nak buat aktiviti yang agak lasak, kami makan yang light-light je dekat Sun Inn Corner.

Ni dah isi perut dekat Sun Inn Corner kat belakang tu. Abaikan iols yang tembam tu

Almost 9.45 AM, kami berarak ke pintu masuk Sunway Lagoon Theme Park sebab theme park ni bukak pukul 10:00 AM. And then, kami pun tak perlu beratur beli ticket dan sebagainya sebab da dapat 3 hari sebelum dari HR department. Benda pertama yang kitoang buat sebelum masuk of course la selfie dan selfie. Masa nak masuk tu, staff akan pakaikan bracelet yang berbar kod dekat lengan so takdela timbul masalah hilang atau yang sewaktu dengannya diikuti dengan process check bag.

oh ya, Sunway Lagoon Theme Park tak dibenarkan bawak masuk makanan luar ye. So kena prepare duit untuk makan. Dalam
tu takde ATM jugak ye. Prepare duit siap-siap
Actually nak wefie dengan Encik Itik je. Tapi En Clown nak join jugak

Member-member En Clown pun nak join jugak

Masuk je dalam tu akan ada staff yang tunggu korang untuk ambik gambar. Bukan free, kena bayar in case kalau korang nak la gambar tu. Taknak pun takpe. Photographer tu akan pakaikan bracelet lagi untuk gambar yang diorang ambik. So, bila da masuk korang akan nampak arcade park dulu. Yang ni untuk 12 tahun kebawah sahaja ye. Kalau rasa, diri tu dah over age limit sila la sedar diri ye. Bersebelahan arcade park tu korang akan nampak Scream Park. Dari entrance, kebanyakan permainan dia adalah dry punya. 

Otw nak water park diselang seli dengan wefie

Game pertama kitorang adalah Vuvuzuela. Disebabkan kunjungan pertama kea and the gang tak dapat naik vuvuzuela kali ni kitorang nak naik gak. Dalam park ni disediakan locker untuk simpanan barangan korang macam bag dan sebagainya. Yela, kenala simpan takkan nak angkut naik vuvuzuela kot. Bawak yang penting je, macam kamera (pentingnya sebab nak selfie). HP pun tinggal. Untuk locker akan dikenakan caj asing juga. (ni pun kena prepare duit). Untuk locker kecik, boleh fit 2 bag sahaja, harganya RM22 and untuk luggage boleh fit hingga 7 bag RM43. Kitorang ambik luggage size memandangkan kami bertujuh. Locker ni nanti boleh la tong-tong sikit sorang. Kami pilih locker yang dekat dengan water park.

So, nanti kalau uols datang pilihla locker dengan tempat yang korang nak lepak lebih lama. Permainan kami yang pertama adalah vuvuzuela. One ride boleh fit sampai 6 orang sahaja. So, dua kali jugaklah naik benda ni. Compare dengan benda lain, game ni buat kita nak naik lagi dan lagi.   


Ni da sampai bawah masa second time. First time tak sempat nak ambik gambar

Dapat ambik gambar masa turun je, sebab tak dibenarkan bawak kamera takut jatuh. Memang tak sempat nak ambik gambar pun sebab semua sibuk menjerit. Lepas naik vuvzuela, kitorang teruskan perjalanan nak naik water slide kat sebelah pulak. Co worker pertama yang kitorang jumpa adalah Kak Tati yang always gorgeous and the gang (kak hasra, zaila and kak liza) from collection and Admin department. Masa nak naik slide tu kitorang jumpa plak Syafiq, Black, Adam & Aizad (from collection dept, purchasing dept and Admin dept). Masa naik slide ni ada gambar tapi tak sampai lagi ke tangan beta.

Lepas slide kitorang pegi waterplex 5d plak. Niat kitorang kalau boleh nak naik semua yang ada kat sini


Waterplex 5D ala-ala theatre 6D tu. Tapi basahla jugak


Da habis waterpark, kitorang gi cari amusement park plak sebab nak naik Rapid Water. Sebab awal-awal lagi Cik Nadia da cakap nak naik ride tu

Ni Rapid Water request dari Nadia yang nak naik.
 Ride yang ni takdela laju sangat. Okla. Basah pun kira segan-segan je.


Lepas tu, kitorang berarak nak cari Nickelodeon Park plak. On the way ke Nickelodeon tu jumpa "Hot Mama" dengan family.




Lepas abeh wefie, kitorang singgahla ke Scream park. Ramai jugakla beratur. tapi, sebab Fairuz nak masuk kitorang beratur jugak bersama dengan Ed dan Neesa yang dipaksa ikut sama. Takleh ambik gambar ye. Sebab tu takde gambar. Scream park ni untuk orang yang kuat semangat je sebab tu Neesa and Ed keluar balik tanpa kitorang sedari masa guide tu keluar. Penat jugakla masuk dalam tu. Penat menjerit and penat terkejut. Tak sempat jantung iols nak rehat. 

And then, last destination kitorang adalah Nickelodeon Park. 



Melalui suspension bridge untuk ke Nickelodeon park. Hujung bridge ni adalah tempat sape yang nak try flying fox and bungee jump. Oleh sebab ramai sangat yang tunggu turn, kitorang batalkan je niat nak flying fox. Kat bawah plak ada, go kart, ATV and archery.

Dekat Nickledoen park ada slide yang extreme dengan tak extreme. Yang extreme terlalu ramai orang yang menunggu sampai ke bawah kitorang pegi spongebob pool je. Jumpa lagi hot mama. Actually Spongbob pool(tak tahu nama betul dia apa) pun ada slide. Tapi kena slide sendiri sebab tak perlu pelampung pun.






Itulah game terakhir kitorang yang terakhir pada hari tu. Kena balik awal sebab malam ada Annual Dinner plak. Some of us check in hotel, sementara iols balik rumah je.

Untuk menjamu selera, dekat dalam tu ada kedai macam subway, Marry brown and beberapa choice jugak. Sementara souvenir, disediakan jugak kedai untuk korang beli pape dekat kawan-kawan. Selain itu ada jugakla zoo mini untuk korang yang sukakan binatang. Segala perkhidmatan yang mereka sediakan akan menggunakan barcode scan yang ditampal pada bracelet macam irfan pakai tu. So make sure jangan hilangkan ye.



Admission fee untuk Non Citizen (orang yang takde mykad)

Mykad Holder Admission Fee.

Korang jugak boleh rujuk terus ke SINI untuk tengok apa lagi yang dorang sediakan kat sana. Enjoy


No comments:

Post a Comment

ALL COPYRIGHT RESERVED TO KEAFIRZA @ 2018