Home Shaklee Parents Tips Travel My Love Misc

Monday 21 November 2016

Potong Rambut Anak dengan Selesa

Kalau cakap pasal potong rambut anak mesti stress kan. Lagi-lagi kalau anak yang bawah 5 tahun tu. Kita as a parents ni mesti nak anak tu stylo habes la kalau boleh. Tapi yang stress tak hingat bila se kecik duduk je atas kerusi mula la buat drama air mata. Tak payah pening-pening. Ni Kea nak citer tentang kedai yang akan selesaikan masalah mama papa ni.

Ahad lepas nak dijadikan cerita Qisya demam due to new teeth is coming. Ketidakaktifannya buat Iols kena ambik EL. So, sepanjang demam tu Iols tak ikatla rambut dia and iols noticed mak ai rambut da nak masuk anak mata. So, cakap-cakapla dengan Mr D.

Awak. Rambut anak da nak masuk mata. Weekend ni sila mengfreekan diri untuk pegi potong rambut anak

So, Mr D cakap ok. Katanya dia pun da lama nak potong tapi asyik lupa je. Amboi, busy bebenor laki Iols. So, plan la and buat appoinment untuk pegi sabtu tu. Rabu tu siap-siap cakap dengan babysitter dia, rambut dia sabtu nanti baru nak pegi potong. So, tiba hari yang dijanjikan. Lepas Asar, Kea and Mr D pun bergerakla ke kedai. Actually, Kea selalu pegi salun ni untuk potong rambut. Memandangkan, Kea da selesa dekat sini jadi untuk potong rambut Qisya pun Kea pilih salun ni.




Terletak di Plaza Damas Sri Hartamas Shopping Centre. Nak pegi sana jalan pun tak busy. Tak crowded sangat. Environment pun tenang je. Parking pun senang. Kami bertolak pukul 5 petang dari rumah dan tiba dalam 5.20 minit ke tempat ni. Dalam 20 minit je dari rumah. Includes traffic light. Dari lobi, korang kena naik ke first floor. Salun tu berada di first floor. Tak tahu? Kat bawah ada information kaunter boleh tanya je.


Sampai tu kitorang terus ke tingkat 1. Kedai ni lokasinya senang je jumpa. Bila korang da naik escalator tu korang akan jumpa farmasi. So, salun ni sebaris dengan farmasi ni. Korang jalan depan sikit je terus nampak. Dari kedai ni korang boleh nampak restoran Grand Imperial.

Memandangkan kami dah buat temujanji so memang tak payah menunggu. Sampai je, kami disambut mesra oleh para pekerja. Sebabkan ni first time Qisya potong rambut, so Kea agak risau kot-kot dia melalak. Habis la mak. Tapi sangkaan Kea meleset bila stylist tu letakkan dia dalam kereta mainan. Bukan main seronok la Qisya.

Sambil bermain, stylist ni potong rambut dia sambil potong rambut. Penuh sabar melayan kerenah si puteri sorang ni. Macam-macam gaya da Kea tengok. Kejap berdiri, kejap duduk mengikut pergerakan Qisya dalam mainan tu.Dalam masa setengah jam, rambut Qisya siap dipotong. Cantik gitu. Bila Kea cakap, "takpe, you potong lagi kasi pendek". Stylist siap suggest kat Kea style tu da cantik.Kalau lagi pendek nampak macam boy. Kesian Qisya nanti.

Bila dia cakap macam tu Kea pun ikut je la. Settle potong rambut Qisya dalam masa 40 minit in total. Sekejap je. Kea suka kedai ni sebab suasana yang agak selesa. Disediakan juga ruang bertutup untuk mereka yang bertudung dan berhijab.Selain staffnya yang peramah dan memang sukakan kanak-kanak(mostly mothers) banyak kemudahan yang terdapat disini. Caj yang dikenakan pun berpatutan je selain dari layanannya yang superb

Dah tahu ni, senang untuk mak ayah yang nak potong rambut anak dengan selesa. J18 menerima bayaran menggunakan cash dan credit dan debi lt untuk kemudahan pelanggan. Lokasinya yang aman memang memang tenang.Anak nak berlari kesini sana pun tak runsing.Ye dok.

Salam sayang dari
Kea

No comments:

Post a Comment

ALL COPYRIGHT RESERVED TO KEAFIRZA @ 2018