Home Shaklee Parents Tips Travel My Love Misc

Wednesday 10 May 2017

Checklist Barang Ibu dan Bayi

Assalamualaikum

Good morning guys. Rasanya dah lama tak update entry dekat blog ni. Dah bersawang disebabkan kemalasan melampau Kea ni. Sejak jadi mak buyung ni malasnya melampau-lampau. Nak bangun pagi pegi keje pun malas. Sampai kadang-kadang Mr D pun membebel-bebel. Nak buat macam mana, Kea tadah je la telinga sebab memang salah Kea pun. Nasib badanla.

Semalam, Negeri Selangor di isytiharkan cuti umum, Kea ambik kesempatan untuk packing barang dalam bag sebagai persediaan bersalin. Mana nak tahu kot-kot terkeluar awal ke. Memandangkan usia kandungan Kea da mencecah 8 bulan eloklah buat persediaan awal. Kebetulan masa dapat MR B hujung bulan hari tu kea da beli kebanyakan barang untuk baby. Dapat duit banyak, shopping sakan tak ingat dunia. Borosnyaa la saya.

So, disebabkan dah lama and Qisya pun da dua tahun. Nak ingat balik checklist barang nak di bawa ke hospital tu ambik masa jugakla. Otak pun da berkarat. Semua benda dah lupa. Nasib baik sehari sebelum tu ada jugak merajinkan diri menggoogle sikit-sikit checklist untuk dijadikan panduan. Dah alang-alang berkemas ni , update la entry sekali. Boleh dijadikan panduan untuk next baby. Eh eh., next baby ye.

Inilah checklist yang Kea prepare untuk adik Qisya. 



Untuk memudahkan masa bersalin nanti, Kea da siap pack siap-siap dalam zipped bag yang mana Kea bahagikan kepada setiap part so senang Mr D nak ambik nanti. Zipped bag tu korang boleh beli je kat mana-mana kedai serbaneka. Kedai RM2 ke, Daiso ke. Dijual dalam pelbagai saiz dan reka bentuk.

Ni antara contoh zipper bag yang ada dalam pasaran kat Malaysia ni.


Kea guna yang ni je

Zipper bag ni memudahkan En Suami and mommies semua masa nak bersalin nanti. Kea ambik saiz besar. Setiap bag ni Kea isikan dengan keperluan dan labelkan. Means, untuk labour room, kea isikan dengan selimut, mittens, booties, sepasang baju and bedung. Sama juga la untuk yang bag untuk hari pertama dan kedua. Sebagai langkah berhati-hati Kea prepare satu lagi bag untuk hari ketiga. Toiletries pulak Kea prepare yang travel kit punya.

Ini contoh toiletries set Anakku. kea guna brand Pureen

Travel kit ni senang nak muatkan dalam bag. Jadi tak perlulah nak bawa set yang besar gedabak tu nak isi dalam beg. Toiletries set lengkap dengan basic stuff untuk baby sabun, shampoo, lotion and bedak. Untuk tambahan sendiri, Kea letak baby oil and minyak telon, cotton and cotton bud. Letak dalam satu zip bag. Additional untuk diri sendiri, kea bawa set berpantang Shaklee. Lepas bersalin telan je untuk proses penyembuhan luka dengan cepat.

Kalau taknak letak dalam zip bag pun takpe, mommies boleh isi je dalam beg. Kalau nak mudahkan lipat sekali yang mana nak bawak gi labour room, yang mana nak pakai dalam wad and yang mana nak pakai balik nanti. Ada checklist yang Kea tengok mommies bawak majalah, kamera and makanan. Kea tak senaraikan sebab rasa tak perlu. Sebab masa nak bersalin dah tak fikir nak baca buku ke selfie ke. FIkir nak keluarkan baby je. Tapi itu depends pada kehendak mommies and En Suami. 

Lagi satu, kalau ini bukan kehamilan pertama prepare siap-siap baju untuk anak -anak yang pertama dan seterusnya. Supaya tak kelam kabut. Senang nak dihantar ke rumah baby sitter atau parents nanti.

Kea doakan mommy-to-be kat luar sana, supaya proses kelahiran berjalan dengan sempurna. Takde masalah dan bayi juga mommy sihat-sihat je. So, makan yang sihat-sihat, banyakkan berjalan supaya proses kelahiran lebih senang. Selain tu, kena banyak berdoa and amalkan amalan yang baik kelancaran proses bersalin nanti.

No comments:

Post a Comment

ALL COPYRIGHT RESERVED TO KEAFIRZA @ 2018