Home Shaklee Parents Tips Travel My Love Misc

Wednesday 18 May 2016

Kenali apa itu "healing crisis"


💁 Anda mengambil supplemen? Mengalami kesan sampingan yang negatif selepas pengambilan supplemen? Jangan panik dulu. Apa yang anda harus lakukan adalah bertenang dan teruskan kehidupan serta pengambilan supplemen anda seperti biasa. Ini kerana kesan sampingan itu adalah "proses penyembuhan" ataupun "healing crisis" yang biasa dialami selepas mengambil vitamin atau supplemen. 




💁 ‘Healing Crisis’ atau lebih difahami sebagai krisis penyembuhan/pemulihan
berlaku apabila badan kita yang banyak radikal bebas mula membebaskan
toksin dan membina semula sel-sel tubuh. Kebiasaannya ‘Healing Crisis’ ini terjadi bila kita mula mengambil makanan tambahan seperti vitamin untuk badan kita. 

Proses ini sering disalah erti. Ramai yang beranggapan ia akan memburukkan lagi keadaan individu dan merupakan ketidakserasian terhadap vitamin/supplement. Ia adalah TIDAK BENAR! Apa yang berlaku sebenarnya adalah proses pembuangan toksin dan elemen-elemen tidak sihat dari dalam badan. Proses ini adalah perlu untuk ‘membersihkan’ badan kita daripada elemen-elemen yang merbahaya dan tidak sihat agar kita mendapat kesihatan yang lebih baik.

Sebenarnya apa yang dialami itu bukanlah kesan sampingan tetapi adalah proses penyembuhan yang baik untuk tubuh badan dan menandakan vitamin/supplement yang anda makan itu menunjukkan tindakbalas yang baik.
Bila toksin dah dikeluarkan mudahlah penyerapan vitamin yang kita makan.

Dalam tempoh ‘healing crisis’ ini, seseorang individu akan mengalami
beberapa ketidakselesaan seperti sakit kepala, mual, letih, ruam pada
kulit, cirit birit, demam, dan sebagainya mengikut keadaan badan individu
tersebut. Namun, ia hanya bersifat sementara. Ada yang mengalaminya 1-2 hari, minggu, atau mungkin bulan, terpulang kepada tahap kesihatan individu terbabit.

Bagaimana Nak Kurangkan Kesan ‘Healing Crisis’?

✔ Minum air suam/plain water dengan banyak dan kerap dapat membantu dalam mengatasi ‘healing crisis’. Badan kita memerlukan air yang banyak untuk
menyahtoksik elemen-elemen tidak baik tadi keluar dari badan. Walaupun ada yang merungut kerana terpaksa pergi ke tandas dengan kerap. Tetapi, itulah yang terbaik. Jadi, jika anda mengalami ‘healing crisis’ selepas mengambil/amal makanan tambahan atau jamu, amalkan minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari. InsyaAllah, kesan itu akan berkurang dengan izinNya. Perlu diingatkan, ‘healing crisis’ bukan bererti jamu atau suplemen tersebut tidak serasi dengan badan pengguna, tetapi ia menunjukkan petanda baik kerana badan kita bertindak balas dengan jamu yang anda makan.

✔ Selain daripada minum banyak air, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran
juga dapat membantu. Ini kerana buah dan sayur mengandungi banyak serat
yang boleh menjadi medium pembuangan toksin daripada najis.


🤓 Jom tengok contoh kesan-kesan ‘healing crisis’ dan apa yang menyebabkan ianya berlaku:

😴 Keletihan/Mengantuk
- Tubuh berasid, fungsi hati lemah, terlalu letih/perlukan lebih rehat

😷 Sakit Kepala/Kepala Berat
- Tekanan darah tinggi, tanda2 detoksifikasi

🤒 Demam/Keresahan
- Metabolisma meningkat, merangsang fungsi imun badan

😖 Cirit birit, Kerap membuang air besar, Najis gelap & berbau, Air kencing
berbau busuk
- Tanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul di dalam kolon

😓 Kembung perut
- Sistem penghadaman lemah

😪 Ruam, gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mukus, kelemumur
- Fungsi hati yang lemah, kesihatan kolon dan sistem penghapusan yang lemah

😪 Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berair
- Fungsi paru-paru lemah, mengeluarkan kahak, tanda detoksifikasi

😱 Hidung berdarah
- Mungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah)

😣 Sakit di bahagian otot dan sendi
- Tubuh berasid, toksin terkumpul di tempat yang sakit

😭 Merasa lebih sakit di bahagian yang terjejas
- Proses penyembuhan semakin cepat

😳 Insomnia atau hiperaktif 
- Sistem Saraf yang lemah

😔 Haid tidak teratur, perubahan pada kitaran haid, gatal di punggung,
semakin banyak mengeluarkan lendir
- Ketidakseimbangan hormon, sedang memperbetulkan hormon

😵 Pendarahan ketika membuang air besar
- Mungkin buasir

🙃 Pening, lapar
- Hipoglisemia (paras gula dalam darah yang lemah), anemia (tidak cukup
darah merah)

😖 Loya, sembelit, sedu
- Sistem penghadaman lemah, masalah hati

😩 Slight Edema (bengkak)
- Masalah buasir


🤔 Ada diantara simptom2 diatas anda alami selepas mengamalkan supplement?
Jangan bimbang kerana ianya bersifat sementara insyaAllah dan bertujuan
untuk memperbaiki sistem dalaman tubuh anda.


No comments:

Post a Comment

ALL COPYRIGHT RESERVED TO KEAFIRZA @ 2018