Home Shaklee Parents Tips Travel My Love Misc

Tuesday 17 May 2016

wanita dan keputihan

Masalah keputihan pasti akan mendatangkan ketidakselesaan pada wanita. Masalah keputihan berbeza untuk setiap wanita.  Kebiasaannya, keputihan berwarna putih atau kelabu keputihan. Sekiranya tiada perubahan pada warna, maka bermakna keputihan yang dialami tiada jangkitan kuman.




Apa itu "KEPUTIHAN"


- Keputihan adalah keadaan di mana vagina mengeluarkan cecair atau lelehan lendir sebagai satu proses membersihkan tubuh badan dan membawa kotoran ke luar. Namun, keadaan ini adalah normal terjadi pada golongan wanita yang akil baligh. Kebiasaannya, keputihan adalah satu simptom yang menunjukkan kitaran haid akan tiba. Keputihan terbahagi kepada dua :


keputihan normal
    • Keputihan normal atau bahasa saintifiknya fisiologis merupakan keputihan yang sering terjadi di kalangan wanita yang telah mengalami mentsruansi.
    • Ia sering terjadi di saat wanita memasuki tahap kesuburan baik sebelum dan sesudah menstruansi atau pada saat ransangan.
    • Antara tanda keputihan normal adalah : 



- Kesimpulannya, jika keputihan yang anda alami seperti tanda-tanda diatas maka janganlah risau. Ini kerana gejala keputihan dengan simptom diatas adalah normal. Ketidakselesaan dapat diatasi dengan membasuh kawasan " Miss V" anda dan keringkan dengan tuala yang bersih. Menggantikan pakaian dalam atau menggunakan pantiliner juga dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan anda. 

keputihan abnormal
    • Keputihan abnormal atau nama saintifiknya patologis adalah keputihan yang tidak normal dan harus di pantau pada individu yang mengalaminya
    • Keputihan jenis ini merupakan tanda penyakit yang akan berlaku pada "Miss V" dan pada kawasan rahim.
    • Jika keputihan patologis terjadi pada ibu hamil, maka ia boleh menyebabkan gangguan kesihatan pada bayi dalam kandungan
    • Antara ciri-ciri keputihan patologis adalah : 


- Jika mengalami simptom diatas, maka sebaiknya rujuk pada pakar kesihatan anda untuk mengetahui masalah kesihatan anda. Selain daripada itu, sentiasa perhatikan perubahan keputihan anda.



Punca terjadinya "KEPUTIHAN"
  1. Memakai pakaian dalam yang ketat dari bahan sintesis
  2. Sering menggunakan tissue sewaktu membasuh bahagian Miss V sewaktu membuang air kecil dan besar
  3. Kerosakan kepada kesimbangan biologi dan keasidan (pH) Miss V
  4. Ketidakseimbangan hormon
  5. Gejala suatu penyakit
  6. Sering mandi menggunakan air suam dan panas, kuman yang menyebabkan keputihan lebih cepat tumbuh dalam keadaan panas
  7. Lambat menukarkan pad wanita sewaktu datang haid
  8. Menjalani pola hidup yang tidak sihat
  9. Kurang tidur dan berekreasi


Cara mengatasi "KEPUTIHAN"

TERDAPAT pelbagai cara untuk mengatasi keputihan yang dialami. Secara tradisional dan cara cepat mengatasi keputihan adalah sangat mudah dan menjimatkan.


  • Gunakan tuala wanita yang sesuai
Waktu kedatangan haid adalah waktu yang menyebabkan ketidakselesaan kepada wanita. Memilih tuala wanita yang sesuai sangat penting untuk keadaan Miss V anda. Kebanyakan wanita akan menekankan tuala wanita yang mampu menampung kuantiti yang banyak dan tidak akan mengalami masalah kebocoran. Tapi tahukah anda, jika tersalah memilih tuala wanita akan menyebabkan keputihan? Tips yang betul memilih tuala wanita adalah memilih tuala wanita yang berkualiti lembut, mengandungi kandungan herba. Selain itu, jangan tunggu terlalu lama untuk menggantikan tuala wanita anda. Sebaiknya tukarlah tuala wanita anda sekurang-kurangnya 4 jam sekali untuk mengelakkan jangkitan kuman.

  • Daun Sirih
Secara tradisional, daun sirih dipercayai dapat mengatasi keputihan. Daun sirih mengandungi eugonol  yang bersifat antifungus yang bersifat mematikan kuman. Secara alaminya, orang lama pada zaman dahulu menggunakan daun sirih untuk mengatasi keputihan yang mereka alami. Cara menggunakan daun sirih untuk mengatasi masalah ini adalah
"10 helai daun sirih dibersihkan dan direbus bersama dengan dua liter air. selepas direbus dibiarkan sejuk seketika barulah digunakan untuk membasuh kawasan Miss V anda"

  •  Bawang Putih
Selain terkenal sebagai perasa makanan, ia juga mempunyai khasiat yang baik untuk kesihatan badan. Bawang putih yang bersifat antibakteria, anti kuat dan anti virus memungkinkan mereka untuk mencegah perkembangan bakteria, fungus (kulat) dan virus.


  • Kunyit
Kunyit dapat membantu bakteria yang menjadi penyebab keputihan yang tidak normal. Segelas air kunyit sehari dapat membantu mengatasi keputihan dengan lebih cepat kerana kunyit bahan antibiotik alami dari tumbuhan


- KESIMPULANNYA adalah tiada masalah yang tidak dapat diatasi. Mudah atau susah cara mengatasi setiap masalah yang kita alami adalah pilihan kita sendiri. Pengambilan suplemen dapat membantu mengatasi masalah keputihan yang anda alami.

Untuk mengatasi masalah keputihan dengan shaklee, Alfafa complex dan Garlic dapat membantu anda mengatasi masalah ini.




Untuk tempahan dan consultasi sila hubungi saya  di 0132814158

No comments:

Post a Comment

ALL COPYRIGHT RESERVED TO KEAFIRZA @ 2018