Home Shaklee Parents Tips Travel My Love Misc

Tuesday 22 November 2016

Rumah Mampu Milik VS Rumah Mampu Tengok

Assalamualaikum

Berbicara soal rumah untuk didiami mahupun rumah untuk dijadikan aset mungkin memeningkan banyak kepala. Betul tak? Kalau kita tanya lah pada siapa pun, siapa yang tak nak memiliki rumah sendiri untuk didiami. Tapi kalau dirujuk kepada keadaan ekonomi sekarang dan dibandingkan kadar pendapatan rakyat marhaen di Malaysia, kebanyakan kediaman hanya mampu dilihat je. Baik dari rumah tinggi hinggalah ke rumah atas tanah. Kebanyakan kediaman sekarang hanya dibina untuk golongan yang boleh dikatakan duit buat lap peluh dijadikan aset dan disewakan.

Settle semua keje tadi, Kea men"google" rumah untuk disewa mahupun dijual di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Ye lah, dah mencari rezeki disini, kena la cari area sini ye dok. Takkan nak cari area Pahang ataupun Negeri Sembilan. So duk cari-cari, Kea perasan mostly harga rumah untuk dijual dah takde dah RM200 000 kebawah. Kalau kita jumpa yang bawah harga tu, kebanyakan lokasinya jauh di pedalaman ataupun tak sesuai untuk didiami kepada mereka yang berkeluarga. Kenapa tak sesuai? Banyak. Faktor persekitaran dan keselamatan untuk mereka yang ada anak kecil macam Kea ni.


Minggu lepas,Kea and Mr D adalah pegi tengok rumah di kawasan Alam Perdana Puncak Alam. Bila kami da masuk area ni, kawasannya agak tenang dan tak sibuk. Tapi sayang, banyak rumah kosong dan terbengkalai. Bukan kerana tak siap, tapi kerana tidak berpenghuni. Dalam hati ni sedih sangat, Kalau difikirkan ramai mereka yang duduk di tepi jalan, rumah yang tak layak dipanggil rumah ataupun mereka yang kerap dihina kerana menumpang kerana tak mampu memiliki rumah. Namun, disebabkan harga rumah sekarang mahupun untuk disewa atau dibeli hanya mampu dilihat je rumah-rumah cantik ni dibiarkan tidak berpenghuni dan kosong tanpa nyawa.







Paling sedihnya, para pemilik, developer atau pihak yang berkaitan lebih rela membiarkan rumah-rumah yang dibina ni kosong tidak berpenghuni dan usang di mamah usia dari menjadikan ia kediaman mampu milik rakyat marhaen di Malaysia ni. Yang paling sedih lagi, bila iklan di tv mahupun radio and yang sewaktunya pulak asyik menggambarkan bertuah berada di bumi Malaysia. Pada Kea, tuah tu dah lama hilang dengan kebanjiran para pendatang asing di Malaysia, pertelingkahan politik. Saat ulama di hina, saat rakyat dah tiada kuasa untuk bersuara.

Pembangunan dan pembinaan kawasan kediaman tumbuh macam cendawan selepas hujan. Jika difikirkan balik untuk apa dibina kalau hanya untuk dibiarkan kosong tanpa jiwa. Tanpa gelak tawa manusia. Cantik hanya pada mata, kemudian dibiarkan saja tanpa tuannya.

Hari ini, Kea bersyukur masih punya kediaman untuk berteduh walau hanya disewa. Mungkin satu hari boleh miliki kediaman untuk anak-anak membesar dengan selesa dan sihat.

InsyaAllah


Saya yang menulis
Kea
Rakyat Marhaen Malaysia


No comments:

Post a Comment

ALL COPYRIGHT RESERVED TO KEAFIRZA @ 2018