Home Shaklee Parents Tips Travel My Love Misc

Wednesday 30 March 2016

Bahaya Penyakit Skurvi

SKURVI adalah penyakit yang jarang kita dengar berlaku di Malaysia, namun ia bukan lah sesuatu yang asing dan tidak perlu di ambil peduli. Skurvi berpunca dari kekurangan Vitamin C yang berpanjangan dalam diet seseorang. Seperti yang kita tahu kepelbagaian makanan di Malaysia menjadikan Malaysia adalah sebuah syurga makanan. Apatah lagi bagi yang mereka tidak gemar akan buah-buahan atau sayuran ditambah tiada pengambilan suplemen Vitamin C, risiko terdedah kepada penyakit ini adalah sangat tinggi jika dibiarkan dalam tempoh yang lama




APA ITU SKURVI

Skurvi adalah sejenis penyakit yang terjadi apabila badan manusia kekurangan Vitamin C yang diperlukan oleh badan. Vitamin bermaksud bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dalam jumlah yang kecil. Vitamin C pula berperanan membantu mempercepatkan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.


SIMPTOM DAN GEJALA PENYAKIT SKURVI

    • Gusi sentiasa berdarah
    • Tanda lebam pada badan
    • Luka lambat sembuh
    • Sering letih dan lemah
    • Anemia
    • Rambut kerapkali gugur
    • Sakit Sendi
    • Darah dalam mata
    • Kulit kering dan gatal
    • Mengalami depression
    • Ekzema
    • Kurang selera makan
    • Masalah pencernaan
    • Kekurangan berat badan


MEREKA YANG BERISIKO TERDEDAH

Antara golongan yang mudah terdedah kepada penyakit ini tergolong dalam ini antaranya ;




    • Bayi yang hanya diberikan susu lembu dalam tempoh satu tahun usianya
    • Individu yang gemar mengambil alkohol 
Alkohol mampu mencairkan asid arkobik dalam darah dan meningkatkan kehilangan vitamin C melalui air kencing
    • Mereka yang suka mengambil diet ikutan
    • Golongan berusia yang banyak mengambil roti dan teh sahaja
    • Pesara yang tinggal sendirian
    • Mereka yang gemar makanan ringan
    • Golongan susah dari segi kewangan dan mengelak membeli buah atau sayuran
    • Pelarian yang hanya mendapat bekalan makan terhad
    • Perokok 

Sebatang rokok boleh memusnahkan 25mg Vitamin C


    • Wanita mengandung atau sedang menyusukan bayi. Mereka memerlukan banyak Vitamin c
    • Pesakit aneroksia
    • Pesakit diabetis jenis satu
    • Pesakit buah pinggang yang menjalani dialisis
    • Mereka yang menjalankan pembedahan pintasan gastrik untuk mengurangkan berat badan
    • Mereka yang memiliki kandungan zat besi terlalu tinggi dalam badan
    • Individu yang mengalami tekanan


Tekanan menyebabkan kemusnahan Vitamin C dan menyebabkan kelenjar adrenal tidak mendapat bekalan Vitamin C secukupnya. Ini kerana kelenjar adrenal berperanan mengawal metabolisme tubuh. Kekurangan Vitamin C, oxidation level (proses metabolisme makanan kepada tenaga) dalam darah akan meningkat. Hasilnya kelenjar adrenal tidak dapat menyingkirkan toksin dan meyebabkan tubuh terdedah kepada risiko penyakit

PENCEGAHAN DAN PERAWATAN

Secara umumnya, pencegahan dan cara mengatasi penyakit ini adalah dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Pengambilan makanan yang sihat dan mengandungi Vitamin C yang tinggi perlu diamalkan untuk mencegah penyakit ini. Antara amalan yang boleh dilakukan untuk mecegah penyakit ini :
    • Mengamalkan jus buah-buahan dua tiga kali seminggu
    • Memperbanyakkanpengambilan buahan dan sayuran dalam diet harian
    • Mengambil suplemen tambahan

Amalan gaya pemakanan yang sihat haruslah dipupuk dari kecil bagi mendidik mereka menjalani gaya hidup yang sihat. Untuk melindungi kanak-kanak kecil, satu sudu air limau atau tiga sudu air tomato setiap mampu mencegah kekurangan vitamin dalam badan. Selain itu, penyedian menu diet mereka setiap hari haruslah diselitkan dengan sayuran dan buahan sebaik saja mereka sudah boleh memakannya.

1 comment:

  1. Top 10 Slots Games - DrmCD
    Top 포항 출장안마 10 Best Slots Games · 김천 출장샵 1. 강원도 출장안마 Cleopatra's Gold · 2. The Dog House · 3. 논산 출장안마 The Dog House · 4. Wolf Gold · 5. Bonanza Bros · 6. Bonanza Bros. · 원주 출장안마 7. The

    ReplyDelete

ALL COPYRIGHT RESERVED TO KEAFIRZA @ 2018