Home Shaklee Parents Tips Travel My Love Misc

Tuesday 16 August 2016

Mandi Manda Di Sunway Lagoon

Assalamuaikum uols

Minggu lepas bukan main lagi, company iols buat family days kat sunway. Kemain lagi staff-staff TCAPM bermandi-mandi, berjimba-jimba dekat sana. Iols pun sama. On that day, iols jadi single mingle memandangkan En Sebend kata

harini awak tak payah fikir keje rumah. awak berseronok je arini

Memandangkan En Sebend da bagi lampu hijau, iols pun menurut perintah diraja je. Iols drive je ke sana sebab lokasi Sunway Lagoon 5 minit je dari rumah beta. Tapi Kea ke Kelana Jaya dulu menjemput Nadia & Fairuz. Sebab janjinya nak jumpa beramai-ramai dekat Sun Inns Hotel. Dari KJ, kami mengahala ke Sun Inn Hotel, sebab most of us da ada kat sana.

Sampai je kat sana, kami punya partner of crime da setia menunggu dekat Petron. Tapi kami tak gerak lagi, sebab tunggu Niza(one of partner of crime) yang tak sampai lagi. Bila semua dah berkumpul agenda pertama yang kitorang buat adalah makan. Memandangkan nak buat aktiviti yang agak lasak, kami makan yang light-light je dekat Sun Inn Corner.

Ni dah isi perut dekat Sun Inn Corner kat belakang tu. Abaikan iols yang tembam tu

Almost 9.45 AM, kami berarak ke pintu masuk Sunway Lagoon Theme Park sebab theme park ni bukak pukul 10:00 AM. And then, kami pun tak perlu beratur beli ticket dan sebagainya sebab da dapat 3 hari sebelum dari HR department. Benda pertama yang kitoang buat sebelum masuk of course la selfie dan selfie. Masa nak masuk tu, staff akan pakaikan bracelet yang berbar kod dekat lengan so takdela timbul masalah hilang atau yang sewaktu dengannya diikuti dengan process check bag.
ALL COPYRIGHT RESERVED TO KEAFIRZA @ 2018