Home Shaklee Parents Tips Travel My Love Misc

Wednesday 21 October 2020

Covid 19 dan EMCO

سْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Hujung tahun lepas, dunia dikejutkan oleh satu pandemik yang mula tular di Wuhan, China. Diiktiraf sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), virus koronavirus atau lebih dikenali sebagai COVID-19 ini telah meragut 1.004 juta nyawa dalam tempoh Mac sehingga September 2020. Jangkitan pertama yang tiba di Malaysia adalah pada bulan Januari 2020 melalui pelancong dari china yang tiba di Johor melalui Singapura.

Pandemik Covid 19 melibatkan 188 buah negara dan menjejaskan ekonomi. Sebab, kalau nak putuskan rantaian covid ni kena duduk rumah. Means tak boleh kerja dan hanya beberapa industri sahaja yang dibenarkan beroperasi. Kuarantin pertama dia Malaysia adalah pada 18 Mac 2020. Peniaga kecil-kecilan hilang pendapatan. Banyak usahawan terpaksa gulung tikar. Individu hilang pekerjaan kerana majikan tak mampu nak teruskan perniagaan. 

Sehingga semalam, sebanyak 22,225 kes yang dilaporkan di Malaysia, bersamaan 7681 kes aktif, 193 kematian dengan sebanyak 14,351 kes sembuh

 


Untuk makluman, sejumlah 26 kluster aktif dicatatkan di Selangor bermula kluster pertama (Kluster Jalan Apas) sehingga kluster terbaru diumumkan (Kluster Hentian). Sebanyak 18 kluster aktif (69.2%) adalah kluster jangkitan tempatan, manakala lapan (8) kluster (30.8%) adalah mempunyai perkaitan dengan pengembara pulang dari Sabah. Enam (6) kluster terbaru yang dilaporkan sejak 11 Oktober 2020 adalah berkaitan dengan jangkitan tempatan. Sembilan (9) dari 26 kluster mempunyai kaitan yang amat rapat dengan perebakan di tempat kerja (34.6%). Satu (1) kluster dikaitkan dengan tempat membeli belah awam (3.8%). sumber dari kpk.kesihatan



Seperti yang kita tahu, penularan Covid-19 melalui adalah sangat cepat dan tak dijangka. Pada 20 October 2020, telah diumumkan PKPB akan dijalan secara ketat bermula 22 October 2020. Industri swasta dan kerajaan diarahkan untuk bekerja dari rumah. Pada industri yang masih perlu hadir ke pejabat, hanya 10%  dari jumlah pekerja dibenarkan dengan tempoh 4 jam sehari. Itupun kena buat swab test. Meh kita tengok macam mana buat swab test tu



Adalah sangat penting untuk kita patuhi SOP yang telah ditetapkan. Jangan hanya harapkan frontliners je yang berusaha untuk banteras Covid-19. Patuhi saranan dan nasihat kesihatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Kalau tak ada benda penting duduk je rumah.
Patuhi saranan yang sering kita dengar masa pengumuman berkenaan Covid-19.

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung; 
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

Pada semua yang kat luar sana, stay safe dan jaga diri dan keluarga. Cuci tangan dan sanitize lah sekerap mungkin. Kita jaga kita ok. Sama-sama banteras Covid 19. Untuk frontliners, yang berjuang menentang Covid19 dari awal penularan, terima kasih tak terhingga Kea ucapkan. Hanya Allah yang mampu balas segala jasa dan pengorbanan kalian. Penat lelah kalian, tak ada bandingan dan pengorbanan kalian sangat besar nilainya




No comments:

Post a Comment

ALL COPYRIGHT RESERVED TO KEAFIRZA @ 2018