Home Shaklee Parents Tips Travel My Love Misc

Thursday 27 September 2018

Dinosour Kingdom Gamuda Garden

سْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Kalau sebelum ni taman tema bergerak ini di buka di Setia Ecohill Semenyih, bermula 18 Ogos lalu Dinosour Kingdom telah dibuka di Gamuda Garden Sungai Buloh untuk kunjungan orang ramai. Sebelum ni Kea tak berkesempatan nak pergi walaupun dah banyak kali ajak Mr D tapi biasalah susah benor. Busynya mengalahkan PM.

Imej yang berkaitan

Terletak beberapa ratus meter dari Sales Gallery Gamuda Garden, Rawang, taman tema ni menawarkan banyak aktiviti menarik seperti Raptor maze dan live show. Kemudahan parking yang disediakan luas dan mencukupi untuk pengunjung. And yang paling penting it's free! Pihak pengurusan jugak menyediakan pengawal dari entrance hinggalah ke parking untuk mengawal lalu lintas supaya tidak sesak. Parking tak boleh sempai depan pintu masuk kaunter ye. Dah parking tu kena jalan sikit untuk sampai ke pintu masuk taman tema tu. Jangan malas. kea yang pregnant ni pun jalan ok. Dari parking sampai la nak ke entrance tu budak-budak pn boleh berlari-lari sebab memang takde kenderaan yang lalu lalang.


Antara pemandangan pertama yang korang akan nampak adalah beberapa replika dinosour sebelum entrance. Lupa nak cakap taman tema ni berkonsepkan open environment, so sediakanlah payung incase kalau cuaca terlalu panas ataupun hujan. Kat depan ni bolehla nak ambik gambar. Tiket pulak boleh dibeli secara online di website dinosour kingdom ataupun boleh walk in je. Kids below 90cm and baby adalah percuma. kena ukur sebelum masuk. Konsep pun sama je dengan taman tema lain. Dah beli tiket staff akan bagi bracelet dan akan ada petugas yang akan pakaikan bracelet tu masa nak masuk taman tema tu. Dah masuk, akan ada staff yang akan check bagpack (exclude handbag) incase kalau bawak makanan atau minuman dari luar (takboleh ye). 

Kawasan taman tema ni tak ada bumbung ye, memang open air. Activities booth pun bawah khemah yang disediakan je. Ada certain activities memang tak berbumbung. Antara tarikan yang disediakan disini adalah


Oh ya, masa beli tiket tu pengunjung akan diberikan token untuk menikmati attraction dekat sini. Dua token untuk tiket dewasa dan 1 token untuk tiket kanak-kanak. Kalau nak banyak kena la beli sendiri tokennya. Jangan tamak. Orang bagi betis nak paha pulak. Token yang pengunjung dapat tu boleh budak-budak main activities dalam tu. Memandangkan kami dah sampai lambat so dah terlepas live show yang pukul 1. Kalau nak tengok jugak kena tunggu pukul 3 untuk next show. Satu persembahan live show ni boleh memuatkan 500 orang penonton. 

Kawasan taman tema ni disediakan kemudahan tandas bergerak. Sila kencing berak siap-siap. Takut tak selesa guna tandas macam tu. Ruang antara booth games tu agak besar dan selesa. Taman tema ni lebih berkonsepkan families ye. So, sangat sesuai bawak anak-anak jenjalan weekend and time cuti. 








Aktiviti pertama adalah inflatable park sebab activites lain dah start. So ni je la yang boleh main dulu. Bagi budak-budak warm up. Masuk sini jangan kata budak mak bapak budak pun excited sekali sebab takde had umur untuk inflatable ni and masuk adalah percuma. Parent pn boleh main sekali. Dalam taman tema ni pn ada maskot yang berkeliaran kalau-kalau ada budak-budak yang nak ambik gambar sebagai kenangan.






And macam biasa la, Qisya punya paranoid spoil everything. Semua benda dia takut kecuali inflatable, ice fossil and ball dalam pool. Sara memang gangster sejati siap pegang-pegang lagi dinosaur yang bergerak tu. Hati sado. Memang banyak la dia berjalan dengan Mr D sambil bergambar. Kemain dua beranak ni. Semua benda kat themepark ni not bad and comfortable untuk bawa anak-anak berjalan. Cuma satu, masa jalan-jalan pusing lake tu akan ada dino train yang bawak pengunjung. Yang tak selesanya jalan tu agak sempit so everytime train tu lalu semua kena tepi. Yang tengah bergambar pun kena stop dulu disebabkan jalan yang sempit.

Kami tak masuk live show sebab mak Kea berkerusi roda and kerusi live show adalah bertingkat. Budak-budak je la yang seronok. Tak banyak aktiviti yang Kea dapat buat dengan keadaan saya yang memboyot ni. Hampir pukul 4 petang kitorang dah balik disebabkan hujan dan budak-budak pun dah kelaparan. Tak lama pun kami dekat sini sebab themepark takdelah seluas Sunway Lagoon ataupun Lost World of Tambun. Tapi untuk aktiviti hujung minggu sesuai kalau nak spent dengan family. Selain affordable, lokasinya jauh dari bandaraya yang sibuk adalah weekend gateway yang baik untuk aktiviti hujung minggu bersama keluarga.

No comments:

Post a Comment

ALL COPYRIGHT RESERVED TO KEAFIRZA @ 2018