Home Shaklee Parents Tips Travel My Love Misc

Wednesday 7 December 2016

Tugu Negara, Lambang Kesetiaan Pahlawan Melayu

Assalamualaikum.

Baru-baru ni Kea and the siblings bertandang ke tugu negara dengan plan yang tidak di duga. Plan sebenarnya hari tu adalah pegi tukar IC dekat UTC Pudu. Almaklumlah, komitmen kerjaya mengizinkan kami tukar IC pada hari minggu je. Proses IC nak siap tu mengambil masa dua jam. Daripada melangut kat UTC tu, kami bersetuju keluar dari situ dan menuju ke Tugu Negara yang memang tak jauh pun dari UTC tu.

Perjalanan ke Tugu Negara mengambil masa 15 minit je dari destinasi asal kami. Nak dapat parking pun mudah memandangkan waktu pun dah petang. Suasana dekat sini pun takdela crowded sangat macam dekat mall. Kea suka pegi tempat-tempat macam ni sebabnya suasananya tenang dan tak sibuk kalau nak dibandingkan dengan kebanyakan tempat tumpuan para keluarga sekarang. Sambil merehatkan mata sambil mengenang jasa dan pengorbanan perajurit kita memperjuangkan kemerdekaan.


Ini merupakan kali ketujuh Kea berada disini. Kali ni pulak, Kea ditemani sisters and mother dan anak-anak. Ladies day katanya. Ketibaan kami disambut dengan bunyi air pancut dari pintu masuk tugu negara. Dikelilingi dengan kehijauan tumbuhan, Tugu Negara terletak berhadapan dengan Taman Botani Tasik Perdana. 

Masa kami sampai, kebanyakan pengunjung adalah para pelancong dari pelbagai negara. Ada juga, rakyat Malaysia yang membawa anak-anak berkunjung ke sini memenuhi aktiviti hujung minggu. Namun tempat ini tidaklah sesibuk pasaraya atau tempat tumpuan lain. Namun, ia tidak pernah surut dari kunjungan manusia. Selain Tugu Negara itu sendiri, terdapat kedai menjual cenderahati dan taman kecil untuk para pengunjung berehat dan menenangkan minda di tengah ibu kota. Sape cakap nak tenangkan minda kena keluar dari kota. Tak semestinya tau.
ALL COPYRIGHT RESERVED TO KEAFIRZA @ 2018