Home Shaklee Parents Tips Travel My Love Misc

Friday 6 April 2018

Asid Lemak Omega 3 : Lemak Sihat Untuk Semua

Bila bercakap tentang lemak, ramai yang fikir lemak ni adalah penyebab-penyebab kepada gemuk dan penyakit. Haa, ni salah okey. Tak semua lemak itu memudaratkan. Badan kita juga perlukan lemak untuk berfungsi. Sebenarnya ada juga lemak yang perlu kita ambil untuk kebaikan kesihatan. Antara lemak tersebut adalah Asid Lemak Omega-3. So. sempena promosi omega bulan ni, Kea nak share sikit pasal omega ni

Apa itu asid lemak omega-3

Tahu tak asid lemak omega3 ini banyak fungsinya untuk badan kita. Antaranya adalah yang paling asas adalah membantu dalam sel membran. Sel badan kita ni diselaputi oleh membran sel untuk perlindungan. Dalam membran ssel pula asid lemak omega 3 adalah antara nutrisi yang perlu ada untuk perlidungan sel badan. Dan apabila sel-sel badan kita sihat maksudnya keluar masuk nutrien ke dalam sel akan berlaku dengan lebih optimum. Ini disebabkan sel badan kita sihat.

Selain tu, asid lemak 3 ni merupakan essential fatty acid. Tahu tak apa tu essential fatty acid tu apa? Essential fatty acid ni maksudnya asid lemak yang perlu diambil oleh badan. Eh, ada jugak asid lemak yang perlu diambil oleh badan kan. Kenapa kena ambik? Sebab badan kita tak boleh hasilkan sendiri jadi kita kena ambil dari diet harian iaitu sama ada dari pemakanan mahupun suplemen. So, kita kena pastikan pengambilan asid lemak omega 3 setiap hari dari sumber luar sebab badan tak boleh hasilkan lemak omega 3 ni.

Asid lemak omega ni juga mengandungi dua jenis lemak iaitu DHA dan EPA yang mana manfaatnya sangatlah baik untuk kesihatan. Pernah dengar tak DHA dan EPA ni? Mesti pernah kan, kalau tengok iklan dekat tv, iklan jenis berunsurkan susu dan makanan untuk kanak-kanak atau bayi selalu tekankan isu pengambila DHA dan EPA ni
ALL COPYRIGHT RESERVED TO KEAFIRZA @ 2018