Home Shaklee Parents Tips Travel My Love Misc

Thursday 27 September 2018

Dinosour Kingdom Gamuda Garden

سْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Kalau sebelum ni taman tema bergerak ini di buka di Setia Ecohill Semenyih, bermula 18 Ogos lalu Dinosour Kingdom telah dibuka di Gamuda Garden Sungai Buloh untuk kunjungan orang ramai. Sebelum ni Kea tak berkesempatan nak pergi walaupun dah banyak kali ajak Mr D tapi biasalah susah benor. Busynya mengalahkan PM.

Imej yang berkaitan

Monday 24 September 2018

Kehamilan Jarak Dekat. So?

سْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Hi Uols, lama rasanya menyepi. Sibuk melayan morning sickness yang baru slow-slow nak hilang ni. Ye, Kea preggy lagi. Walaupun si montel tu baru mencecah setahun 4 bulan. Allah nak bagi rezeki, siapalah kita nak menidakkan kehendakNya. Walaupun diluar jangkaan, tapi Kea redha. Nak buat macam mana, orang kata rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari. Apatah lagi nak bermusuh dengan pemberi rezeki. Nauzubillah

Penerimaan? Hmm. Ramai yang tanya ok ke pregnant lagi. Yang tu kecik lagi. Yang kecam pun ada jugak. Mulut manusia, mana boleh nak tutup semua. Tak dinafikan masa mula-mula tahu pun Kea agak reluctant and macam taknak terima hakikat. Yela, Sara pn kecik lagi (walaiupun size dia da macam 2 tahun. Pakai baju size dua ok), penat pregnant and berpantang pun tak hilang lagi. Kea agak hesitate untuk rasa gembira. Ada certain-certain masa Kea menangis sebab tak tahan penatnya morning sickness setiap kali pregnant. Sometimes, Kea akan membisu je kat rumah. Sebab takde hati nak cakap ngan sape-sape pun (berdosanya aku). 

Mr D banyak mainkan peranan. memang dia ikut je kerenah mood swing Kea ni. The funny part is, kadang-kadang Kea boleh nampak dia hilang sabar tapi dia pendam je (thank you so much honey). Pada Kea, memang Kea totally blame him. Dah tu nak blame sape? Masa ni Kea dalam denial state yang mana pada Kea dia je salah. 

Friday 6 April 2018

Asid Lemak Omega 3 : Lemak Sihat Untuk Semua

Bila bercakap tentang lemak, ramai yang fikir lemak ni adalah penyebab-penyebab kepada gemuk dan penyakit. Haa, ni salah okey. Tak semua lemak itu memudaratkan. Badan kita juga perlukan lemak untuk berfungsi. Sebenarnya ada juga lemak yang perlu kita ambil untuk kebaikan kesihatan. Antara lemak tersebut adalah Asid Lemak Omega-3. So. sempena promosi omega bulan ni, Kea nak share sikit pasal omega ni

Apa itu asid lemak omega-3

Tahu tak asid lemak omega3 ini banyak fungsinya untuk badan kita. Antaranya adalah yang paling asas adalah membantu dalam sel membran. Sel badan kita ni diselaputi oleh membran sel untuk perlindungan. Dalam membran ssel pula asid lemak omega 3 adalah antara nutrisi yang perlu ada untuk perlidungan sel badan. Dan apabila sel-sel badan kita sihat maksudnya keluar masuk nutrien ke dalam sel akan berlaku dengan lebih optimum. Ini disebabkan sel badan kita sihat.

Selain tu, asid lemak 3 ni merupakan essential fatty acid. Tahu tak apa tu essential fatty acid tu apa? Essential fatty acid ni maksudnya asid lemak yang perlu diambil oleh badan. Eh, ada jugak asid lemak yang perlu diambil oleh badan kan. Kenapa kena ambik? Sebab badan kita tak boleh hasilkan sendiri jadi kita kena ambil dari diet harian iaitu sama ada dari pemakanan mahupun suplemen. So, kita kena pastikan pengambilan asid lemak omega 3 setiap hari dari sumber luar sebab badan tak boleh hasilkan lemak omega 3 ni.

Asid lemak omega ni juga mengandungi dua jenis lemak iaitu DHA dan EPA yang mana manfaatnya sangatlah baik untuk kesihatan. Pernah dengar tak DHA dan EPA ni? Mesti pernah kan, kalau tengok iklan dekat tv, iklan jenis berunsurkan susu dan makanan untuk kanak-kanak atau bayi selalu tekankan isu pengambila DHA dan EPA ni
ALL COPYRIGHT RESERVED TO KEAFIRZA @ 2018