Home Shaklee Parents Tips Travel My Love Misc

Wednesday 31 May 2017

Courier Service Yang Teruk

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Persediaan bersalin kali ni, mostly memang Kea banyak beli online. Almaklumlah Mr D pun asyik busy memanjang. So, disamping takde pilihan dan kemalasan Kea untuk keluar, Kea buat pilihan untuk shopping online je yang mana boleh. Sekarang ni kan banyak pilihan yang kita boleh pilih untuk beli barang online contohnya Lazada, 11Street, Shopee Malaysia, Carousell dan sebagainya. Dengan teknologi yang ada sekarang ni, semua benda kat hujung jari je.

So, nak dijadikan citer antara website yang Kea paling gemar adalah Lazada Malaysia sebabnya barangnya murah dan so far tak mengecewakan Kea. Untuk pengetahuan korang, Lazada Malaysia ni menggunakan courier service dari Gdex Malaysia. Bukan Lazada je, Shaklee pun gunakan Gdex sebagai perkhidmatan penghantaran mereka.

Hari penghantaran Kea dapat SMS mengatakan barang dah out for delivery. Ok. Notedlah. Sebab Kea hantar kat office. takdela risau sangat sebab semua courier akan sampai pada receptionist. Tup-tup tengah hari tu dapat call dari delivery man tu kata boleh tak turun ambik dekat lobi. Reasonnya sebab barang dia banyak. Malas nak panjang-panjang, Kea turunla ambik barang tu dekat courier man tu. Settle untuk parcel botol susu. Baru botol susu, belum barang lain lagi. Maafkan saya. Saya online shopaholic.

Dua tiga kali penghantaran dari Gdex ni minta Kea turun bawah untuk pickup parcel. Ok. Kea da start wondering. Aku bayar courier service kot. Yet, aku kena gi turun ambik jugak ke. Still, malas nak fikir panjang-panjang, Kea turun untuk kebanyakkan courier dari Gdex ni.

Monday 15 May 2017

Simpanan Masa Depan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Apa khabar uols semua hari ni. Hari ni rasa nak update entry pasal simpanan masa depan. Sape kat sini ada simpanan masa depan? Angkat tangan. Tahu tak betapa pentingnya simpanan masa depan ni. Sekarang ni banyak jenis simpanan yang uols semua boleh buat. Dari saving, simpanan tetap (fixed deposit) hinggalah ke pelaburan, semuanya simpanan yang boleh menjamin masa depan uols semua. إن شاء الله

Pentingnya simpanan masa depan ni sebagai persediaan untuk masa akan datang nanti. Kita tak tahu apa yang akan jadi dekat masa akan datang kita. Sakit ke, tak mampu bekerja ke. At least kita dah ada persediaan. Betul tak? Namun, dengan keadaan ekonomi sekarang nak buat simpanan tu bukanlah sesuatu yang mudah. Betul tak? Komitmen dan hutang mengehadkan ekonomi kita untuk menyimpan disebabkan keperluan yang semakin tinggi kosnya untuk ditampung terutama kepada mereka yang sudah berkeluarga.

Wednesday 10 May 2017

Checklist Barang Ibu dan Bayi

Assalamualaikum

Good morning guys. Rasanya dah lama tak update entry dekat blog ni. Dah bersawang disebabkan kemalasan melampau Kea ni. Sejak jadi mak buyung ni malasnya melampau-lampau. Nak bangun pagi pegi keje pun malas. Sampai kadang-kadang Mr D pun membebel-bebel. Nak buat macam mana, Kea tadah je la telinga sebab memang salah Kea pun. Nasib badanla.

Semalam, Negeri Selangor di isytiharkan cuti umum, Kea ambik kesempatan untuk packing barang dalam bag sebagai persediaan bersalin. Mana nak tahu kot-kot terkeluar awal ke. Memandangkan usia kandungan Kea da mencecah 8 bulan eloklah buat persediaan awal. Kebetulan masa dapat MR B hujung bulan hari tu kea da beli kebanyakan barang untuk baby. Dapat duit banyak, shopping sakan tak ingat dunia. Borosnyaa la saya.

So, disebabkan dah lama and Qisya pun da dua tahun. Nak ingat balik checklist barang nak di bawa ke hospital tu ambik masa jugakla. Otak pun da berkarat. Semua benda dah lupa. Nasib baik sehari sebelum tu ada jugak merajinkan diri menggoogle sikit-sikit checklist untuk dijadikan panduan. Dah alang-alang berkemas ni , update la entry sekali. Boleh dijadikan panduan untuk next baby. Eh eh., next baby ye.
ALL COPYRIGHT RESERVED TO KEAFIRZA @ 2018