Home Shaklee Parents Tips Travel My Love Misc

Monday 15 May 2017

Simpanan Masa Depan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Apa khabar uols semua hari ni. Hari ni rasa nak update entry pasal simpanan masa depan. Sape kat sini ada simpanan masa depan? Angkat tangan. Tahu tak betapa pentingnya simpanan masa depan ni. Sekarang ni banyak jenis simpanan yang uols semua boleh buat. Dari saving, simpanan tetap (fixed deposit) hinggalah ke pelaburan, semuanya simpanan yang boleh menjamin masa depan uols semua. إن شاء الله

Pentingnya simpanan masa depan ni sebagai persediaan untuk masa akan datang nanti. Kita tak tahu apa yang akan jadi dekat masa akan datang kita. Sakit ke, tak mampu bekerja ke. At least kita dah ada persediaan. Betul tak? Namun, dengan keadaan ekonomi sekarang nak buat simpanan tu bukanlah sesuatu yang mudah. Betul tak? Komitmen dan hutang mengehadkan ekonomi kita untuk menyimpan disebabkan keperluan yang semakin tinggi kosnya untuk ditampung terutama kepada mereka yang sudah berkeluarga.

So, Kea nak cakap pasal simpanan dari segi pelaburan. Mana tahu boleh bantu uols mempersiapkan diri untuk simpanan masa depan. Betul tak?Jadi, nak tanya ni. Uols pernah dengan tak simpanan dari segi pelaburan ni? Mostly bank sekarang banyak menawarkan simpanan dari segi pelaburan. Yang mana, korang tak perlukan keluarkan duit dari gaji korang setiap bulan untuk buat simpanan ni. Simpanan pelaburan ni biasanya orang panggil "UNITRUST".

Cakap je pasal UNITRUST kemungkinan ada yang takut untuk join kan. Actually jangan takut-takut. Sini Kea nak terangkan macam mana ia boleh membantu korang untuk menabung dengan skim ni. Biasa dengar kan CWA atau Public Mutual? Ini adalah antara institusi yang membantu korang menabung duit korang dengan sepatutnya. Macam mana dorang boleh bantu. Mereka yang berkerja setiap bulan, dalam payslip tu mesti ada potongan EPF kan? Macam yang kita tahu EPF ni ada dua akaun. Akaun 2 adalah akaun yang biasanya boleh dikeluarkan untuk beli rumah, bayar pinjaman pelajaran dan macam-macam lagi. Betul tak?

Tapi, Skim ni akan keluarkan duit dari Akaun 1 yang mana duit ini hanya boleh dikeluarkan masa dah pencen je nanti. Tapi bukan semua la. Jangan panik ok. Ada kelayakan dia untuk kita keluarkan duit ni. Bergantung kepada umur dan jumlah simpanan yang korang ada dekat akaun satu tu. Macam mana nak tahu layak ke tak adalah berjumpa dengan consultant dia ataupun korang boleh check sendiri dekat EPF online account.

Macam mana nak check. Meh nak tunjuk. Mula-mula pergi SINI



Make sure korang dah ada ID. Nak register ID ni senang, just pegi mana-mana kiosk KWSP atau korang boleh call je dorang punya hotline 03-8922 6000 untuk register. Melalui pendaftaran untuk EPF online ni juga korang boleh check, institusi mana yang terlibat untuk skim ni. Tabung Haji pun tersenarai dalam list tu ok.
Next step is


Pastikan secure image & secret phrase sama dengan apa yang korang pilih masa register. Baru masukkan password.

Lepas tu, bila dah masuk pegi bahagian withdrawal tu, kemudian pilih withdrawal eligibility


Lepas tu, epf system akan tunjukkan senarai kelayakan pengeluaran yang korang layak buat. Untuk simpanan, nampak tak Kea da siap bulatkan tu. Kalau ada dalam senarai untuk saving investment tu maknanya korang layak buat pengeluaran dari Akaun 1 EPF untuk buat pelaburan atau simpanan


Ini pulak contoh pada mereka yang tak layak buat pengeluaran yang mana mungkin sebab umur dan jumlah tak seimbang. Senarai untuk saving tu tak wujud dekat kelayakan untuk pengeluaran tu.

Pada mereka yang tak layak, ada cara kedua. Korang kena masukkan sendiri duit untuk pelaburan tu. Untuk CIMB minimum untuk buka akaun pelaburan adalah RM500. Lepas dah masuk tu, buat-buat la tak ingat duit tu walaupun dia akan hantar statement setiap bulan. Biar je dia beranak pinak dalam tu. 

Simpanan ni adalah langkah persediaan kita untuk masa depan. Yang penting ada usaha dan hati kena cekal. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. kalau tak sediakan payung nanti basahla pulak. Da basah kena hujan ni, macam-maca penyakit pulak boleh datang. Mencegah tu lebih baik dari mengubati.

Sape-sape yang nak join under CIMB tu boleh hubungi consultant

017 615 3361

Dia merupakan consultant CWA yang boleh dipercayai dan investment yang dibuat hanyalah untuk ISLAMIC Investment sahaja.

No comments:

Post a Comment

ALL COPYRIGHT RESERVED TO KEAFIRZA @ 2018