Home Shaklee Parents Tips Travel My Love Misc

Wednesday 31 May 2017

Courier Service Yang Teruk

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Persediaan bersalin kali ni, mostly memang Kea banyak beli online. Almaklumlah Mr D pun asyik busy memanjang. So, disamping takde pilihan dan kemalasan Kea untuk keluar, Kea buat pilihan untuk shopping online je yang mana boleh. Sekarang ni kan banyak pilihan yang kita boleh pilih untuk beli barang online contohnya Lazada, 11Street, Shopee Malaysia, Carousell dan sebagainya. Dengan teknologi yang ada sekarang ni, semua benda kat hujung jari je.

So, nak dijadikan citer antara website yang Kea paling gemar adalah Lazada Malaysia sebabnya barangnya murah dan so far tak mengecewakan Kea. Untuk pengetahuan korang, Lazada Malaysia ni menggunakan courier service dari Gdex Malaysia. Bukan Lazada je, Shaklee pun gunakan Gdex sebagai perkhidmatan penghantaran mereka.

Hari penghantaran Kea dapat SMS mengatakan barang dah out for delivery. Ok. Notedlah. Sebab Kea hantar kat office. takdela risau sangat sebab semua courier akan sampai pada receptionist. Tup-tup tengah hari tu dapat call dari delivery man tu kata boleh tak turun ambik dekat lobi. Reasonnya sebab barang dia banyak. Malas nak panjang-panjang, Kea turunla ambik barang tu dekat courier man tu. Settle untuk parcel botol susu. Baru botol susu, belum barang lain lagi. Maafkan saya. Saya online shopaholic.

Dua tiga kali penghantaran dari Gdex ni minta Kea turun bawah untuk pickup parcel. Ok. Kea da start wondering. Aku bayar courier service kot. Yet, aku kena gi turun ambik jugak ke. Still, malas nak fikir panjang-panjang, Kea turun untuk kebanyakkan courier dari Gdex ni.

So pagi tadi, masa kalut-kalut nak masuk meeting macam biasa delivery man dari GDEX call untuk minta pick up barang dekat bawah. Memandangkan Kea da banyak kali bagi muka dekat dorang ni kali ni Kea minta delivery man tu hantar kat receptionist. Dengan selambanya, dia berkata "barang saya banyak la kak". Bila Kea kata, kea ada meeting boleh disuruhnya Kea pegi pick up barang tu dekat Damansara Perdana sedangkan dia dah ada kat bawah untuk hantar barang tu. Dalam hati Kea terdetik pulak, 'eh bukan keje awak hantar barang ke'.

Malas nak layan, Kea cuma cakap dia da sampai sini, memang keje dia hantar barang dekat alamat customer bukan separuh jalan. Kea nak barang dihantar ke receptionist. Kalau tak Kea akan buat complain. Terus dia hang up. Sabar je la hati. Sebab dah lambat Kea masuk meeting dulu. Keluar je dari bilik meeting, Kea call receptionist tanya ada parcel tak untuk Kea. Katanya takde. Membara pulak hati ni. Kea call customer service dia untuk complain dan request untuk penghantaran semula. 

Lepas tu, Kea menggodek-godek kat Google memandangkan nak buat keje pun tak boleh sebab sistem down. Google punya google terjumpa la website ni GDEX COMPLAINT. Rupanya ramai yang complain Gdex punya delivery service ni memang worst sangat. Dia punya delivery man sangat-sangat la rude and pemalas. Ingatkan Kea sorang, tapi ramai lagi yang duk complain pasal servis penghantaran dari GDEX ni.

Pada Kea, as a big company kena ada responsibility dengan servis yang ditawarkan. Sebagai pelanggan, kami bayar untuk servis yang ditawarkan oleh pihak syarikat. Sepatutnya, pihak syarikat lebih concern dengan amanah yang diberikan dari pihak pelanggan. A happy customer bermaksud servis yang diberikan adalah yang terbaik.

Untuk rujukan korang yang nak buat complaint untuk GDEX ni, boleh klik je kat bawah ni: 

Customer Service : 03 6419 5003
Complaint : GDEX Complaint Board
Website Complaint : GDEX Express

No comments:

Post a Comment

ALL COPYRIGHT RESERVED TO KEAFIRZA @ 2018