Home Shaklee Parents Tips Travel My Love Misc

Friday 18 November 2016

Short Trip to Cameron Highland

Assalamualaikum

Sape sini pernah pergi Cameron Highland.
Last month, kea akhirnya menjejakkan kaki ke Cameron Highland salah satu pusat pelancongan yang ter'sohor' di Malaysia nih. Nak dijadikan cerita ini lah kali pertama kea menjejakkan kaki ke Tanah Tinggi Cameron ni walaupun dan hampir 30 tahun hidup kat Malaysia ni. Berkat plan mengejut en Somi dengan adiknya dapat jugak Kea merasa menjejakkan kaki kami kat sini. Sedihnya.


Destinasi pertama kami pada hari itu adalah Bandar Kuala Lipis untuk majlis merisik adik ipar Kea yang akan bakal menamatkan zaman bujangnya pada penghujung April 2017. Eh, baru merisik da ada tarikh nikah? Chill, majlis ini hanya lah sebagai adat sahaja. Memandangkan tiada majlis pertunangan yang dibuat, sebab dorang nak nikah terus. Jadi ini majlis ini hanya sebagai majlis tanda dan perbincangan dua pihak


Menunggu memandangkan destinasi permulaan kami berbeza


Orang sibuk merisik kami sibuk berselfie

so, nak dijadikan cerita majlis tersebut habis awal dan kitorang ni ada masa yang banyak lagi berbaki, almaklumlah Zohor pun belum masuk lagi. Jadi, En Somi dan adiknya buat plan untuk pegi ke Tanah TInggi Cameron yang terletak di Pahang.

Gambar ehsan  Encik Google
Perjalanan dari Kuala Lipis menuju ke Tanah Tinggi Cameron mengambil masa sebanyak almost la 3 jam. Kalau korang yang ke sana nak drive tu confirm tak mengantuk punya. Kea yang badan penat sebab tak cukup tidur plus dengan kesihatan yang tidak memberansangkan pun jadi tak ngantuk bila drive masa nak kesana. Yang penting kena hati-hati sebab jalan menuju ke sana memang kalah ular kena palu.


Kami singgah solat bila dah melepasi sempadan Cameron Highland. Surau yang kami singgah ni agak tersorok tapi those yang tak sempat nak solat tu jangan risau. Sepanjang jalan sebelum sampai ke surau yang agak tersorok ni akan ada sign kat tepi jalan untuk tunjuk lorong mana yang korang perlu masuk. Masa sampai dekat surau tu, udara dia takdela sejuk sangat tapi korang boleh rasa nyaman dan segar sekali persekitaran dia. Selesai jamak dan qasa', kitorang teruskan lagi perjalan menuju ke destinasi yang dirancang. Almost sejam jugak la, akhirnya kami tiba jua.

Persinggahan pertama kitorang adalah Tea Plantation yang boleh dikatakan salah satu tempat wajib yang korang kena singgah kalau da sampai Cameron Highland ni. Of course la kalau da sampai tempat baru mesti la kena ambik gambar dulu. Ye dok. Tapi memandangkan kondisi adik ipar kea yang masih lagi dalam healing process kitorang tak dapatla turun ke tengah-tengah tu. Ambik gambar dari atas je.




maafkan mak yang tembam itu


Walaupun tak turun dekat bawah, berada di atas pun korang akan dapat rasa ketenangan suasana itu sendiri. Kehijauan yang terbentang  memang sejuk mata memandang. Ni salah satu tea plantation dekat sini. Actually kat sini banyak tea plantation jadi korang boleh pilih kat mana korang nak singgah. Bersebelahan dengan tempat kitorang bergambar ni disediakan tangga untuk korang nak turun ke bawah lagi dan menikmati lagi kehijauan tea plantation ni. Selain itu, disediakan juga restoran untuk korang nikmati tea yang dipetik terus dari ladang. Cewahh. Macam buat iklan da.

Dari tea plantation ni kitorang teruskan perjalanan menuju ke Brinchang Cameron Highland dimana terletaknya bandar cameron highland ni. Sepanjang perjalanan ke Brinchang ni, mata korang akan dihiasi dengan hutan yang masih lagi tersimpan baik (kott) tanpa diteroka lagi. Selain itu, korang akan nampak kebun-kebun strawberry yang korang boleh singgah . Banyak choices kebun mana korang nak singgah. Kemudahan penginapan pun tak terletak pada satu tempat je. Sepanjang jalan, disediakan resort, hotel, homestay, dan yang sewaktu dengannya untuk korang diami mengikut bajet masing-masing.

Sepanjang jalan menuju Brinchang ini juga, terdapat gerai-gerai yang menjual pelbagai jenih buah dan cenderahati. Selan itu, ada juga restoran yang korang boleh singgah untuk menikmati hidangan kalau perut lapar. Banyak juga kemudahan yang disediakan kalau korang nak solat atau ke tandas atau nak berehat.

Brinchang ni boleh dikatakan sebagai pekan jugakla sebab tak besar sangat. Salah satu benda wajib bila dah bercuti ni adalah souvenir. Jangan lupa plak. Kat sini banyak kedai yang menjual pelbagai cenderahati, Bermula dari keychain, fridge magnet, hinggalah ke pakaian dan sebagainya. Disebabkan Kea sibuk shopping so tiada gambar. Maafkan saya. Cenderahati yang jadi pilihan Kea mestilah Fridge Magnet memandangkan Kea suka mengumpul benda alah ni. En Somi beli pakaian untuk ayahnya an adiknya.

Dah penat habihkan duit, perut mestilah lapar ye dok. Kat sini jugak banyak juga pilihan restoran yang boleh dipilih. Dari tradisional, steambot, makanan panas hinggalah fast food. Pilihan kami adalah Restoran Marrybrown yang terletak tak jauh dari tempat kami shopping. Berhadapan dengan restoran ni ada kemudahan hentian bas tambang untuk mereka yang memerlukan

Parking lot disediakan adalah percuma

Dah sejuk. Tak sanggup menyejukkan diri lagi kat dalam

Da siap makan
Habis menjamu selera. Time to go home. Masa ni dah nak dekat maghrib. En Somi cadangkan jama' je nanti dengan Isya. Sebab dia nak drive keluar dulu dari jalan Cameron Highland ni. Disebabkan jalan bengkang bengkok dan gelap semua bersetuju je. Sepanjang jalan, memang boleh kira lampu jalannya. Tapi pemandangan sepanjang jalan indah sangat. Kenapa? Semua kebun yang tersimpan benih-benih  buahan dan sayuran pasang lampunya. Indah sangat keadaannya. Ya Allah memang cantik sangat pemandangannya. Pada Kea la. Setiap orang ada punya pendapat yang berbeza.

Conclusionnya, Cameron Highland ni adalah tempat untuk merehatkan diri. Kalau korang datang sini dengan niat untuk buat aktiviti ia bukanlah tempat yang sesuai. Ia lebih kepada mereka yang ingin menjauhkan diri dari kesibukan kota. Merehatkan minda dari tekanan kerja. Tiada aktiviti yang boleh dilakukan melainkan berehat dan bersiar-siar melihat keindahan alam.

Sekali-sekala berehat sambil memuji keindahan ciptaan Tuhan tak salahkan. Yang penting ambil masa untuk berehat. Take time and chill.


No comments:

Post a Comment

ALL COPYRIGHT RESERVED TO KEAFIRZA @ 2018