Home Shaklee Parents Tips Travel My Love Misc

Friday 6 April 2018

Asid Lemak Omega 3 : Lemak Sihat Untuk Semua

Bila bercakap tentang lemak, ramai yang fikir lemak ni adalah penyebab-penyebab kepada gemuk dan penyakit. Haa, ni salah okey. Tak semua lemak itu memudaratkan. Badan kita juga perlukan lemak untuk berfungsi. Sebenarnya ada juga lemak yang perlu kita ambil untuk kebaikan kesihatan. Antara lemak tersebut adalah Asid Lemak Omega-3. So. sempena promosi omega bulan ni, Kea nak share sikit pasal omega ni

Apa itu asid lemak omega-3

Tahu tak asid lemak omega3 ini banyak fungsinya untuk badan kita. Antaranya adalah yang paling asas adalah membantu dalam sel membran. Sel badan kita ni diselaputi oleh membran sel untuk perlindungan. Dalam membran ssel pula asid lemak omega 3 adalah antara nutrisi yang perlu ada untuk perlidungan sel badan. Dan apabila sel-sel badan kita sihat maksudnya keluar masuk nutrien ke dalam sel akan berlaku dengan lebih optimum. Ini disebabkan sel badan kita sihat.

Selain tu, asid lemak 3 ni merupakan essential fatty acid. Tahu tak apa tu essential fatty acid tu apa? Essential fatty acid ni maksudnya asid lemak yang perlu diambil oleh badan. Eh, ada jugak asid lemak yang perlu diambil oleh badan kan. Kenapa kena ambik? Sebab badan kita tak boleh hasilkan sendiri jadi kita kena ambil dari diet harian iaitu sama ada dari pemakanan mahupun suplemen. So, kita kena pastikan pengambilan asid lemak omega 3 setiap hari dari sumber luar sebab badan tak boleh hasilkan lemak omega 3 ni.

Asid lemak omega ni juga mengandungi dua jenis lemak iaitu DHA dan EPA yang mana manfaatnya sangatlah baik untuk kesihatan. Pernah dengar tak DHA dan EPA ni? Mesti pernah kan, kalau tengok iklan dekat tv, iklan jenis berunsurkan susu dan makanan untuk kanak-kanak atau bayi selalu tekankan isu pengambila DHA dan EPA ni
Mengapa perlukan Omega-3

MENYOKONG KESIHATAN JANTUNG
Omega 3 sangat bagus mengurangkan keradangan kerana ia bersifat anti keradangan (anti-inflammation). Kalau radang pada badan kita especially pada salur darah boleh menyebabkan salur darah kita menjadi rosak yang membawa kepada penyakit jantung dan stroke. Ini kerana salur darah berfungsi membawa darah dan segala nutrien dan kolestrol yang diperlukan oleh badan dan jantung. Ha, bila ada kolestrol jahat iaitu LDL kolestrol (low density cholesterol) yang lalu dalam salur darah kita akan menyebabkan terkumpulnya plak dan menyempitkan salur darah menyebabkan penyakit jantung dan stroke.

BANTU MENURUNKAN TAHAP TRIGLISERIDE
Trigliserida adalah salah satu jenis asid lemak yang dibawa dalam aliran darah dan juga merupakan zat yang disimpan dalam jaringan badan. Kajian menunjukkan omega 3 ni  membantu menurunkan tahap trigliserida dalam salur darah dan juga tekanan darah. Semakin tinggi kadar trigliserida dalam badan kita, maka semakin tinggi juga risiko untuk mendapat sakit jantung atau sindrom metabolik yang berkaitan dengan stroke 

BANTU MENGEKALKAN PEREDARAN DARAH YANG SIHAT
Kajian menunjukkan bahawa omega 3 juga akan mengelakkan proses penggumpalan darah dan menggalakkan peredaran darah yang lancar, jadi jantung boleh mengepam dengan lebih efisien dan menghasilkan jantung yang sihat

FUNGSI OTAK DAN MINDA YANG SIHAT
Otak kita mempunyai 60% lemak. Jadi pengambilan asid lemak yang sihat itu sangat penting untuk mengukur otak kita. Sel saraf pada otak kita yang dipanggil neuron memerlukan omega-3 untuk kesihatan neuron itu sendiri. Neuron adalah sel pendek yang tidak berhubung, jadi mereka memerlukan omega-3. Omega-3 akan menyelaputi neuron supaya ia sihat dan mesej yang dihantar dari satu neuron ke neuron yang lain menjadi lebih lancar dan lebih sempurna. Otak adalah merupakan organ badan yang mempunyai bahagian-bahagian tertentu seperti sereblum & serebrum, yang mana ia memerlukan minyak untuk berfungsi dengan baik. Omega 3 membantu untuk proses otak berjalan dengan lancar. So, bila perjalanan otak tu lancar sekaligus ia membantu fokus yang lebih bagus, ingatan yang lebih kuat dan pembelajaran yang lebih cepat

MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT YANG BERKAITAN PENUAAN
Semakin meningkat umur manusia, pelbagai penyakit akan singgah jika kesihatan tidak dijaga dengan baik. Pengambilan Omega-3 yang cukup  akan menurangkan risiko yang berkaitan dengan penuaan seperti Alzheimer (nyanyuk) dan Parkinson (berkaitan dengan neurotransmitter).

MENYOKONG KESIHATAN SENDI
Memastikan sendi yang sihat, adalah dengan memastikan pelincir untuk sendi badan tidak cepat haus untuk memudahkan pergerakan. Omega-3 membantu mengelakkan keradangan dengan memastikan badan menerima nutrient yang secukupnya. Berfungsi sebagai anti keradangan, Omega-3 akan mengurangkan dan menghalang enzim dalam badan yang menyebabkan radang. Jika diambil seasa sihat, Omega-3 akan bertindak sebagai protection. Selain dari itu, Omega-3 juga membantu untuk menngurangkan kekejangan dan kebas

BAGUS UNTUK KESIHATAN BAYI DALAM KANDUNGAN
Ibu-ibu hamil selalunya akan disarankan mengambil  DHA dan EPA yang membantu perkembangan otak dan penglihatan bayi. Terutamanya, sewaktu kandungan pada trimester ketiga. Ini kerana pada trimester ketiga, pembesaran dan perkembangan bayi adalah lebih drastik jika dibandingkan dengan trimester pertama atau kedua.

BAIK UNTUK KESIHATAN KULIT
Elakkan masalah kekeringan kulit. Ini kerana Omega-3 merupakan minyak yang memberi kelembapan kepada sel sekaligus melambatkan kedutan pada kulit. Omega-3 membantu mengurangkan keradangan pada kulit yang menyebabkan jerawat.

MENINGKATKAN SITEM IMUNISASI
Omega-3 membantu meningkatkan system imunisasi badan dengan meningkatkan fungsi B sel. Dengan pengambilan Omega-3 yang cukup akan meningkatkan antibodi badan itu sendiri.

MENGGALAKKAN KESIHATAN MATA
Omega-3 mengelakkan masalah kekeringan pada mata sebab omega-3 adalah sejenis asid lemak. Selain daripada itu, Omega-3 juga membantu pengaliran darah dan cecair intraocular dalam mata supaya penglihatan adalah lebih jelas, lebih segar dan lebih sihat. Tanpa pengaliran yang sempurna boleh menyebabkan pelbagai masalah mata seperti glaucoma dan kataraks pada mata.

BAIK UNTUK KESIHATAN LELAKI
Tahu tak Omega-3 boleh mengurangkan prostatitis. Prostatitis adalah pembengkakan yang berlaku pada prostat yang mana boleh menyebabkan maslah pembuangan air kecil, rasa tak selesa. Salur air kencing juga akan terjejas yang mana akan memberi kesan kepada kesuburan lelaki. Selain daripada itu, Omega-3 juga membantu kesihatan sperma yang baik. ia memainkan peranan yang penting dalam badan sebagai komponen fosfolipid yang membentuk struktur membran sel sekaligus menghasilkan sperma yang sihat.
Mengapa Omega Guard Shaklee
  • Minyak ikan yang bergred pharmaceutical
  • Proses penyulingan tiga kali berperingkat yang terjamin ketulenannya
  • Mempunyai kepekatan EPA & DHA yang tinggi berbanding jenama lain
  • Mempunyai 7 spectrum lengkap asid lemak omega-3 tulen
  • Bau dan kesan hanyir yang minimum
  • Diiktiraf oleh Friend of the Sea
Secara kesluruhan, semoga perkongsian ini bermanfaat. Kalau ada sebarang pertanyaan lebih lanjut tu ke nak tahu lebih lagi ke, jangan segan silu WhatsApp je Kea. Consultation free je. 

No comments:

Post a Comment

ALL COPYRIGHT RESERVED TO KEAFIRZA @ 2018