Home Shaklee Parents Tips Travel My Love Misc
Showing posts with label familia. Show all posts
Showing posts with label familia. Show all posts

Monday, 21 November 2016

Potong Rambut Anak dengan Selesa

Kalau cakap pasal potong rambut anak mesti stress kan. Lagi-lagi kalau anak yang bawah 5 tahun tu. Kita as a parents ni mesti nak anak tu stylo habes la kalau boleh. Tapi yang stress tak hingat bila se kecik duduk je atas kerusi mula la buat drama air mata. Tak payah pening-pening. Ni Kea nak citer tentang kedai yang akan selesaikan masalah mama papa ni.

Ahad lepas nak dijadikan cerita Qisya demam due to new teeth is coming. Ketidakaktifannya buat Iols kena ambik EL. So, sepanjang demam tu Iols tak ikatla rambut dia and iols noticed mak ai rambut da nak masuk anak mata. So, cakap-cakapla dengan Mr D.

Awak. Rambut anak da nak masuk mata. Weekend ni sila mengfreekan diri untuk pegi potong rambut anak

So, Mr D cakap ok. Katanya dia pun da lama nak potong tapi asyik lupa je. Amboi, busy bebenor laki Iols. So, plan la and buat appoinment untuk pegi sabtu tu. Rabu tu siap-siap cakap dengan babysitter dia, rambut dia sabtu nanti baru nak pegi potong. So, tiba hari yang dijanjikan. Lepas Asar, Kea and Mr D pun bergerakla ke kedai. Actually, Kea selalu pegi salun ni untuk potong rambut. Memandangkan, Kea da selesa dekat sini jadi untuk potong rambut Qisya pun Kea pilih salun ni.



Tuesday, 16 August 2016

Mandi Manda Di Sunway Lagoon

Assalamuaikum uols

Minggu lepas bukan main lagi, company iols buat family days kat sunway. Kemain lagi staff-staff TCAPM bermandi-mandi, berjimba-jimba dekat sana. Iols pun sama. On that day, iols jadi single mingle memandangkan En Sebend kata

harini awak tak payah fikir keje rumah. awak berseronok je arini

Memandangkan En Sebend da bagi lampu hijau, iols pun menurut perintah diraja je. Iols drive je ke sana sebab lokasi Sunway Lagoon 5 minit je dari rumah beta. Tapi Kea ke Kelana Jaya dulu menjemput Nadia & Fairuz. Sebab janjinya nak jumpa beramai-ramai dekat Sun Inns Hotel. Dari KJ, kami mengahala ke Sun Inn Hotel, sebab most of us da ada kat sana.

Sampai je kat sana, kami punya partner of crime da setia menunggu dekat Petron. Tapi kami tak gerak lagi, sebab tunggu Niza(one of partner of crime) yang tak sampai lagi. Bila semua dah berkumpul agenda pertama yang kitorang buat adalah makan. Memandangkan nak buat aktiviti yang agak lasak, kami makan yang light-light je dekat Sun Inn Corner.

Ni dah isi perut dekat Sun Inn Corner kat belakang tu. Abaikan iols yang tembam tu

Almost 9.45 AM, kami berarak ke pintu masuk Sunway Lagoon Theme Park sebab theme park ni bukak pukul 10:00 AM. And then, kami pun tak perlu beratur beli ticket dan sebagainya sebab da dapat 3 hari sebelum dari HR department. Benda pertama yang kitoang buat sebelum masuk of course la selfie dan selfie. Masa nak masuk tu, staff akan pakaikan bracelet yang berbar kod dekat lengan so takdela timbul masalah hilang atau yang sewaktu dengannya diikuti dengan process check bag.
ALL COPYRIGHT RESERVED TO KEAFIRZA @ 2018