بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Persediaan bersalin kali ni, mostly memang Kea banyak beli online. Almaklumlah Mr D pun asyik busy memanjang. So, disamping takde pilihan dan kemalasan Kea untuk keluar, Kea buat pilihan untuk shopping online je yang mana boleh. Sekarang ni kan banyak pilihan yang kita boleh pilih untuk beli barang online contohnya Lazada, 11Street, Shopee Malaysia, Carousell dan sebagainya. Dengan teknologi yang ada sekarang ni, semua benda kat hujung jari je.
So, nak dijadikan citer antara website yang Kea paling gemar adalah Lazada Malaysia sebabnya barangnya murah dan so far tak mengecewakan Kea. Untuk pengetahuan korang, Lazada Malaysia ni menggunakan courier service dari Gdex Malaysia. Bukan Lazada je, Shaklee pun gunakan Gdex sebagai perkhidmatan penghantaran mereka.
Hari penghantaran Kea dapat SMS mengatakan barang dah out for delivery. Ok. Notedlah. Sebab Kea hantar kat office. takdela risau sangat sebab semua courier akan sampai pada receptionist. Tup-tup tengah hari tu dapat call dari delivery man tu kata boleh tak turun ambik dekat lobi. Reasonnya sebab barang dia banyak. Malas nak panjang-panjang, Kea turunla ambik barang tu dekat courier man tu. Settle untuk parcel botol susu. Baru botol susu, belum barang lain lagi. Maafkan saya. Saya online shopaholic.
Dua tiga kali penghantaran dari Gdex ni minta Kea turun bawah untuk pickup parcel. Ok. Kea da start wondering. Aku bayar courier service kot. Yet, aku kena gi turun ambik jugak ke. Still, malas nak fikir panjang-panjang, Kea turun untuk kebanyakkan courier dari Gdex ni.