Home Shaklee Parents Tips Travel My Love Misc

Tuesday, 12 April 2016

Omega Guard dengan DHA dan HPA

Kebaikan minyak ikan omega sangat terkenal dengan fungsinya untuk kesihatan dalaman badan. Sudah diketahui umum bahawa minyak ikan omega bagus fungsinya untuk kesihatan otak, jantung, saraf dan sebagainya.

OMEGA Guard dari Shaklee dihasilkan dari minyak ikan paling tulen di dunia. Setiap kapsul omegaGuard mengandungi 7 spektrum penuh asid lemak omega-3 semulajadinya. Antara asid lemak ini adalah EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu tablet Omega Guard membekalkan 905mg asid lemak omega-3 EPA dan DHA.


KENAPA OMEGA GUARD LEBIH BAIK?

- Omega Guard mempunyai ketumpatan 3x ganda berbanding ketumpatan minyak hati ikan. Ini kerana ia dikestrak daripada ikan air laut sejuk diperairan negara JEPUN # . Bukan ambik dari minyak hati ikan tau. Diekstrak dari ikan melalui kaedah ultratulen.



- Kebanyakan kilang mengekstrak minyak ikan melalui kaedah penyulingan bertekanan tinggi yang mana akan memusnahkan sesetengah nutrien malah tidak mampu menapis logam-logam berat yang membahayakan kesihatan. (ada bunyi cam professor tak?). So macam mana Omega Guard mengekstrak minyak ikan?(ala-ala anak buah KN bertanya). Omega Guard ini diekstrak melalui  kaedah ultratulen yang bergred farmaseutikal teknologi terkini. Macam mana tu? Ia merupakan satu process penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 paling tulen dan semulajadi.


- Kaedah ini berjaya mengyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan polychlorinated byphenyl (PCB) iaitu sejenis bahan kimia yang sangat bertoksik.

- Omega Guard ni terdiri daripada bahan seperti berikut :
    • EPA
    • DHA
    • OMEGA-3
- EPA, DHA dan Omega-3 sangatlah diperlukan oleh badan kita. Selain membekalkan 905mg asid lemak omega-3, EPA & DHA untuk satu sajian, Omega Guard Shaklee juga dikatakan merupakan minyak ikan paling tulen didunia kerana mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak semulajadi yang mana antaranya ialah EPA, DHA dan ALA.


Manfaat omega 3 dalam omega guard shaklee


      • Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
      • Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
      • Mencegah salur darah dari tersumbat
      • Omega 3 dapat mengelakkan strok
      • Mengekalkan tekanan normal darah
      • Membantu mengurangkan ketegangn urat leher
      • Mengurangkan sakit kepala
      • Merendahkan kolestrol
      • Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
      • Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dalam kolestrol LDL
      • Mengawal masalah obesiti
      • Mengurangkan risiko pengyakit jantung
      • Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin untuk ibu hamil
      • Meningkatkan perkembangan memori kanak-kanak
      • Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
      • Membantu menyihatkan paru-paru
      • Memperbaiki masalah alahan kulit

      • Membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
      • Membantu menentang kanser

      • Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
      • Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
      • Memelihara fungsi sendi
      • Mencegah penyakit gout
      • Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)


- Selain kesihatan dalaman badan, Omega 3 dalam OMEGA GUARD SHAKLEE juga memberi manfaat untuk memperbaiki dan mencegah masalah berkaitan otak.





siapa yang perlukan omega guard shaklee

OMEGA GUARD boleh di amalkan bermula dari umur bermula setahun dan keatas. TIdak mengira jantina dan peringkat umur. Tidak salah melabur untuk memberi tahap kesihatan yang baik. Lagipun, bukankah mencegah itu lebih baik dari merawat.




- So mulai hari ini, bolehlah buangkan sikap berjimat untuk kesihatan badan. Tanpa badan yang sihat segala benda akan menjadi terbatas. Contohnya tanpa badan yang sihat macam mana nak bekerja. Beri perhatian pada keluarga akan jadi tak seronok. Badan yang sihat menjamin keluarga yang bahagia. Betul tak? Sikap mencari minyak ikan yang murah patut di elakkan. Carilah makanan tambahan yang berkualiti dan sihat serta halal dari segi Islam. Mencari yang halal itu wajib bagi umat Islam



Wednesday, 6 April 2016

april promotion

Hello April!!!

April ni kita start dengan promotion shaklee yang kebaboom. Bulan ni Shaklee menawarkan promotion untuk HOT vitamin yang menjadi kegemaran ramai. Seperti yang kita tahu badan kita memerlukan banyak vitamin untuk kelansungan hidup yang sihat dan bebas penyakit. InsyaAllah(kalau Allah nak bagi penyakit tu bagi jugak. Tapi tak salah kalau berikhtiar).

Vitamin yang diperlukan oleh badan tak semestinya dari shaklee je. Vitamin datang dari pelbagai aspek. Yang paling utama adalah makanan seharian yang kita ambil. Tapi pada mereka yang sibuk dan extremely have no time even to eat, supplemen adalah pilihan terbaik bagi individu seperti ini.

Jom kita tengok promotion bulan ni :



Sustained Released Vitamin C memang adalah salah satu vitamin yang paling HOT pengeluaran Shaklee. Seperti yang pernah saya post pada entry VItamin C, ia mengandungi banyak manfaat yang baik untuk badan. Bulan ini dengan setiap pembelian twinpack anda akan dapat 5% less & kalau nak banyak lagi which is nak kongsi dengan family, kawan2, boyfriend, mr suami, encik tunang and sebagainya boleh lah ambik promotion beli 6 percuma 1.



Omega Guard ni memang famous di kalangan mereka yang ingin kan kesihatan dalaman yang tiptop. Antara fungsi Umega Guard ini adalah menjaga jantung, salur darah dan mampu mengawal berat badan. Saya juga salah sorang pengguna omega (sebab nak kurus). Promosi omega ni sama je dengan Sustained Released Vita-C ni haa. 5% discount for twinpack and beli 6 percuma 1. Ini adalah salah satu vitamin yang wajib ada dalam rumah.




Bak kata mak saya, jagalah kesihatan anak sewaktu kecik lagi. Macam peribahasa melayu dulu-dulu. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Promosi vitalea for kid (chewable) ini beli 3 percuma 1. So MOMMIES!!! Hurry, cepat grab peluang ni.

See! Best kan promosi bulan ini. Its all about vitamins. Selain itu, promotion 5% for every YESS WELLNESS PACK still available lagi. Bagi mereka yang still tak tahu apa benda Yes Wellness Pack ni. Jom kita tengok.

Vivix Twinpack.Ohsemm!



Kurus!Kurus!Jom kurus together-gether. MMuahciked

Mommy and baby Shaklee



Actually banyak vitamin yang boleh korang pilih untuk dijadikan makanan tambahan. Pada saya Shaklee adalah pilihan terbaik kerana supplemen shaklee terkenal dengan bahan semulajadinya yang tidak berbahaya.

Nak info lebih lanjut? Nak order? Nak selit order? Cepat pm saya!!

Whatsapp/Telegram/Message : 0132814158

Wednesday, 30 March 2016

Bahaya Penyakit Skurvi

SKURVI adalah penyakit yang jarang kita dengar berlaku di Malaysia, namun ia bukan lah sesuatu yang asing dan tidak perlu di ambil peduli. Skurvi berpunca dari kekurangan Vitamin C yang berpanjangan dalam diet seseorang. Seperti yang kita tahu kepelbagaian makanan di Malaysia menjadikan Malaysia adalah sebuah syurga makanan. Apatah lagi bagi yang mereka tidak gemar akan buah-buahan atau sayuran ditambah tiada pengambilan suplemen Vitamin C, risiko terdedah kepada penyakit ini adalah sangat tinggi jika dibiarkan dalam tempoh yang lama




APA ITU SKURVI

Skurvi adalah sejenis penyakit yang terjadi apabila badan manusia kekurangan Vitamin C yang diperlukan oleh badan. Vitamin bermaksud bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dalam jumlah yang kecil. Vitamin C pula berperanan membantu mempercepatkan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.


SIMPTOM DAN GEJALA PENYAKIT SKURVI

    • Gusi sentiasa berdarah
    • Tanda lebam pada badan
    • Luka lambat sembuh
    • Sering letih dan lemah
    • Anemia
    • Rambut kerapkali gugur
    • Sakit Sendi
    • Darah dalam mata
    • Kulit kering dan gatal
    • Mengalami depression
    • Ekzema
    • Kurang selera makan
    • Masalah pencernaan
    • Kekurangan berat badan


MEREKA YANG BERISIKO TERDEDAH

Antara golongan yang mudah terdedah kepada penyakit ini tergolong dalam ini antaranya ;


Tuesday, 29 March 2016

Sustained Released VITA-C PLUS 500mg

Aktiviti seharian akan menyebabkan badan kita sering kehilangan Vitamic C. Vita-C Plus menggunakan wax dari tumbuhan untuk memberi kesan pelepasan secara berperingkat dapat membantu membekalkan Vitamin C yang diperlukan oleh tubuh badan akibat aktiviti seharian secara berterusan. Selain tidak memberi kesan toksik kerana kandungannya yang semulajadi, ia juga dapat membantu menyokong tulang, gigi, gusi dan keseluruhan kesihatan dalam badan.


SUSTAINED RELEASED VITA-C PLUS 500mg


Kelebihan  Vitamin c memang diketahui umum  dan sangat penting dalam kehidupan seharian. Kita digalakkan mengambil buahan dan sayuran lima kali sehari. Namun aktiviti seharian dan tekanan hidup seharian menyebabkan Vitamin-C tidap dapat diserap oleh badan secara efisien. Vitamin-C juga banyak keluar dari badan melalui air kencing menyebabkan badan kekurangan Vitamin C. Dos pengambilan Vitamic C yang disarankan setiap hari adalah 500 mg bersamaan dengan 7 ½ biji oren.


"the more you stress, the more you need vitamin"
-Dr Bruce Miller-                                     



Selain bermanfaat kepada kesihatan badan, Vitamin C atau Asid Arkobik boleh membuatkan kulit menjadi licin dan cantik dengan pelbagai fungsi. Antaranya ialah :
  • membantu pembetukan kolagen. Kolagen adalah sejenis protein yang membantu menyusun tubuh manusia. Perkataan kolagen dipetik dari Yunani yang bermaksud "lekat" menunjukkan kolagen itu bersifat seperti pelekat. Dapat dilihat sesiap yang mengamalkan Vita-C ini akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik. Luka juga cepat sembuh kerana kolagen juga bersifat sebagai kompenen utama penyambung tisu dalam badan.
  • Antioksidan yang terdapat dalam vitamin c sangat bermanfaat bagi perokok. Bersifat sebagai detoksifkasi, Vitaimin C membantu tubuh mengeluarkan dan meneutralkan karsinogen penyebab kanser Rasa asam dari buah oren dapat membantu membersihkan nikotin yang menempel pada gigi hasil dari merokok. Selain itu ia juga boleh membuang racun rokok yang tersimpan dalam tubuh.
  • Vitamin C juga menjada salur darah agar tidak mudah pecah. Selain menjaga pengerasan salur darah, ia juga membantu proses metabolisme kolestrol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemcahan lemak. bagi mereka yang menghidap darah tinggi amatlah sesuai mengambil VITA-C bagi mengelakkan strok dan jantung tersumbat
  • Membantu dalam proses pengeluaran hormon antstress dan interferon (hormon fungsi imun). Seperti yang diketahui umum, tekanan boleh menyebabkan kemusnahan Vitamin C. Hasil dari musnahnya Vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit seperti penyakit Skurvi


MANFAAT SUSTAINED RELEASED VITA-C


Antara manfaat lain Sustained Released Vita-C adalah :



KELEBIHAN SUSTAINED RELEASED VITA-C


  • Baik untuk imunisasi dan daya tahan badan
  • Mengurangkan symptom demam
  • Mengatasi masalah jerawat degil
  • Membantu kulit sensitf seperti eczema dan resdung
  • Membantu penghasilan kolagen dalam tubuh
  • Mengurangkan kesan sunburn
  • Menjadikan kulit lebih gebu
  • Melembapkan kulit dari dalam
  • Mengurangkan kedutan & tanda penuaan
  • Tanda kulit lebih sekata
  • Melindungi badan dari radikal bebas
  • Menggantikan tisu yang rosak dan menyembuhkan luka
  • Merendahkan tekanan darah tinggi
  • Memastikan saluran darah mengembang dan baik
  • Mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak
  • Mencerahkan kulit secara semulajadi
  • Membantu kelihatan lebih muda
  • Merendahkan paras insulin
  • Mengimbangkan sistem dalam badan
  • Membantu penghasilan dopatime dalam sistem saraf
  • Membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalambadan
  • Menghalang terkena serangan jantung
  • Mengawal komplikasi diabetis
  • Mengawal kelumumur
  • Meningkatkan pertumbuhan rambut
  • Mengurangkan keguguran rambut
  • Menghasilkan rambut yang lebat
  • Mengelakkan pertumbuhan uban





KEISTIMEWAAN & PERBEZAAN VITA-C SHAKLEE BERBANDING VITAMIN C DI PASARAN




Vita-C pertama yang semulajadi dan bertindak secara sustained released yang bermaksud pelepasan secara berperingkat dan perlahan-lahan untuk membolehkan badan menerima vitamin secara berterusan

Vitamin yang dilepaskan sebanyak 100mg setiap jam hanya dengan satu tablet

Didatangkan dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang membantu penyerapan vitamin C secara berkesan

Tiada pembaziran sebab semua vitamin digunakan dan dilepaskan kedalam tubuh badan secara berterusan

v  Bioflavonoids terhasil daripada bahagian sayuran, buahan , bunga, herba dan bijiran. Bertindak sebagai anti radang, anti-alergi, anti-virus dan juga anti-kanser



CARA NAK CONSUME VITA-C

v  1-2 biji selepas breakfast @ lunch (untuk kesihatan)
v  Untuk kulit cantik
ü  1 biji sehari atau ;
ü  2 biji sehari (1 pagi dan 1 malam)


**Vita-C juga didatangkan packaging dan sukatan kanak-kanak. Chewable Vita-C Plus 100mg. Untuk para mommies yang risau akan nutriens yang diperlukan anak-anak sepanjang tempoh pembesaran boleh grab Vita-c Chewable ni untuk anak masing-masing




Friday, 20 November 2015

Journey of Life

welcome to my blog.

blog ini dicipta bukan sekadar an online diary
disini hamba mencari rezeki
di saya melakar kehidupan
di sini saya mencari teman
disini saya berbicara soal kehidupan
selamat mengenali saya

ALL COPYRIGHT RESERVED TO KEAFIRZA @ 2018