Home Shaklee Parents Tips Travel My Love Misc

Wednesday, 7 December 2016

Tugu Negara, Lambang Kesetiaan Pahlawan Melayu

Assalamualaikum.

Baru-baru ni Kea and the siblings bertandang ke tugu negara dengan plan yang tidak di duga. Plan sebenarnya hari tu adalah pegi tukar IC dekat UTC Pudu. Almaklumlah, komitmen kerjaya mengizinkan kami tukar IC pada hari minggu je. Proses IC nak siap tu mengambil masa dua jam. Daripada melangut kat UTC tu, kami bersetuju keluar dari situ dan menuju ke Tugu Negara yang memang tak jauh pun dari UTC tu.

Perjalanan ke Tugu Negara mengambil masa 15 minit je dari destinasi asal kami. Nak dapat parking pun mudah memandangkan waktu pun dah petang. Suasana dekat sini pun takdela crowded sangat macam dekat mall. Kea suka pegi tempat-tempat macam ni sebabnya suasananya tenang dan tak sibuk kalau nak dibandingkan dengan kebanyakan tempat tumpuan para keluarga sekarang. Sambil merehatkan mata sambil mengenang jasa dan pengorbanan perajurit kita memperjuangkan kemerdekaan.


Ini merupakan kali ketujuh Kea berada disini. Kali ni pulak, Kea ditemani sisters and mother dan anak-anak. Ladies day katanya. Ketibaan kami disambut dengan bunyi air pancut dari pintu masuk tugu negara. Dikelilingi dengan kehijauan tumbuhan, Tugu Negara terletak berhadapan dengan Taman Botani Tasik Perdana. 

Masa kami sampai, kebanyakan pengunjung adalah para pelancong dari pelbagai negara. Ada juga, rakyat Malaysia yang membawa anak-anak berkunjung ke sini memenuhi aktiviti hujung minggu. Namun tempat ini tidaklah sesibuk pasaraya atau tempat tumpuan lain. Namun, ia tidak pernah surut dari kunjungan manusia. Selain Tugu Negara itu sendiri, terdapat kedai menjual cenderahati dan taman kecil untuk para pengunjung berehat dan menenangkan minda di tengah ibu kota. Sape cakap nak tenangkan minda kena keluar dari kota. Tak semestinya tau.

Tuesday, 22 November 2016

Rumah Mampu Milik VS Rumah Mampu Tengok

Assalamualaikum

Berbicara soal rumah untuk didiami mahupun rumah untuk dijadikan aset mungkin memeningkan banyak kepala. Betul tak? Kalau kita tanya lah pada siapa pun, siapa yang tak nak memiliki rumah sendiri untuk didiami. Tapi kalau dirujuk kepada keadaan ekonomi sekarang dan dibandingkan kadar pendapatan rakyat marhaen di Malaysia, kebanyakan kediaman hanya mampu dilihat je. Baik dari rumah tinggi hinggalah ke rumah atas tanah. Kebanyakan kediaman sekarang hanya dibina untuk golongan yang boleh dikatakan duit buat lap peluh dijadikan aset dan disewakan.

Settle semua keje tadi, Kea men"google" rumah untuk disewa mahupun dijual di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Ye lah, dah mencari rezeki disini, kena la cari area sini ye dok. Takkan nak cari area Pahang ataupun Negeri Sembilan. So duk cari-cari, Kea perasan mostly harga rumah untuk dijual dah takde dah RM200 000 kebawah. Kalau kita jumpa yang bawah harga tu, kebanyakan lokasinya jauh di pedalaman ataupun tak sesuai untuk didiami kepada mereka yang berkeluarga. Kenapa tak sesuai? Banyak. Faktor persekitaran dan keselamatan untuk mereka yang ada anak kecil macam Kea ni.

Monday, 21 November 2016

Potong Rambut Anak dengan Selesa

Kalau cakap pasal potong rambut anak mesti stress kan. Lagi-lagi kalau anak yang bawah 5 tahun tu. Kita as a parents ni mesti nak anak tu stylo habes la kalau boleh. Tapi yang stress tak hingat bila se kecik duduk je atas kerusi mula la buat drama air mata. Tak payah pening-pening. Ni Kea nak citer tentang kedai yang akan selesaikan masalah mama papa ni.

Ahad lepas nak dijadikan cerita Qisya demam due to new teeth is coming. Ketidakaktifannya buat Iols kena ambik EL. So, sepanjang demam tu Iols tak ikatla rambut dia and iols noticed mak ai rambut da nak masuk anak mata. So, cakap-cakapla dengan Mr D.

Awak. Rambut anak da nak masuk mata. Weekend ni sila mengfreekan diri untuk pegi potong rambut anak

So, Mr D cakap ok. Katanya dia pun da lama nak potong tapi asyik lupa je. Amboi, busy bebenor laki Iols. So, plan la and buat appoinment untuk pegi sabtu tu. Rabu tu siap-siap cakap dengan babysitter dia, rambut dia sabtu nanti baru nak pegi potong. So, tiba hari yang dijanjikan. Lepas Asar, Kea and Mr D pun bergerakla ke kedai. Actually, Kea selalu pegi salun ni untuk potong rambut. Memandangkan, Kea da selesa dekat sini jadi untuk potong rambut Qisya pun Kea pilih salun ni.



Friday, 18 November 2016

Short Trip to Cameron Highland

Assalamualaikum

Sape sini pernah pergi Cameron Highland.
Last month, kea akhirnya menjejakkan kaki ke Cameron Highland salah satu pusat pelancongan yang ter'sohor' di Malaysia nih. Nak dijadikan cerita ini lah kali pertama kea menjejakkan kaki ke Tanah Tinggi Cameron ni walaupun dan hampir 30 tahun hidup kat Malaysia ni. Berkat plan mengejut en Somi dengan adiknya dapat jugak Kea merasa menjejakkan kaki kami kat sini. Sedihnya.


Destinasi pertama kami pada hari itu adalah Bandar Kuala Lipis untuk majlis merisik adik ipar Kea yang akan bakal menamatkan zaman bujangnya pada penghujung April 2017. Eh, baru merisik da ada tarikh nikah? Chill, majlis ini hanya lah sebagai adat sahaja. Memandangkan tiada majlis pertunangan yang dibuat, sebab dorang nak nikah terus. Jadi ini majlis ini hanya sebagai majlis tanda dan perbincangan dua pihak


Menunggu memandangkan destinasi permulaan kami berbeza


Orang sibuk merisik kami sibuk berselfie

so, nak dijadikan cerita majlis tersebut habis awal dan kitorang ni ada masa yang banyak lagi berbaki, almaklumlah Zohor pun belum masuk lagi. Jadi, En Somi dan adiknya buat plan untuk pegi ke Tanah TInggi Cameron yang terletak di Pahang.

Gambar ehsan  Encik Google
Perjalanan dari Kuala Lipis menuju ke Tanah Tinggi Cameron mengambil masa sebanyak almost la 3 jam. Kalau korang yang ke sana nak drive tu confirm tak mengantuk punya. Kea yang badan penat sebab tak cukup tidur plus dengan kesihatan yang tidak memberansangkan pun jadi tak ngantuk bila drive masa nak kesana. Yang penting kena hati-hati sebab jalan menuju ke sana memang kalah ular kena palu.

Thursday, 6 October 2016

Bahaya Sakit Buah Pinggang


Hari ni nak share tentang sakit buah pinggang since my sis in law(SIL) dah diagnosiskan sebagai pesakit buah pinggang tahap empat. Dua minggu lepas saya terpaksa berulang alik ke Johor memandang kan SIL saya ni menetap di Johor  kerana menyambung pengajiannya di sana. Kami terima berita yang my SIL ni dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Aminah di Johor Bharu. Malam tu jugak kitorang bergegas ke sana.

SIL saya ni memang nampak letih dan tak bermaya. Mukanya agak sembab dan pucat. Menurut kata doctor yang my SIL punya kidney memamng da teruk sangat. Kandungan asid dalam darah dia sudah 2000++ which is i am not understand at all. so Doctor tu terangkan yang badan sihat yang normal kandungan adalah kurang dari 100. jika sudah melebihi tahap tu adalah bahaya untuk seorang manusia. Apatah lagi my SIL yang kandungan nya 2000 +.

Proses dialisis dijalankan untuk mencuci darah. Sedih jugaklah memandangkan my SIL ni masih muda. Dan ini kes
kedua dalam keluarga sebelah suami saya kerana sebelum ini arwah ibu Daus dulu juga menghidap penyakit yang sama. So, marilah kita sama-sama menambah ilmu tentang penyaki ini untuk elakkan dari kesihatan kita terganggu dek penyakit ini.


Tuesday, 16 August 2016

Mandi Manda Di Sunway Lagoon

Assalamuaikum uols

Minggu lepas bukan main lagi, company iols buat family days kat sunway. Kemain lagi staff-staff TCAPM bermandi-mandi, berjimba-jimba dekat sana. Iols pun sama. On that day, iols jadi single mingle memandangkan En Sebend kata

harini awak tak payah fikir keje rumah. awak berseronok je arini

Memandangkan En Sebend da bagi lampu hijau, iols pun menurut perintah diraja je. Iols drive je ke sana sebab lokasi Sunway Lagoon 5 minit je dari rumah beta. Tapi Kea ke Kelana Jaya dulu menjemput Nadia & Fairuz. Sebab janjinya nak jumpa beramai-ramai dekat Sun Inns Hotel. Dari KJ, kami mengahala ke Sun Inn Hotel, sebab most of us da ada kat sana.

Sampai je kat sana, kami punya partner of crime da setia menunggu dekat Petron. Tapi kami tak gerak lagi, sebab tunggu Niza(one of partner of crime) yang tak sampai lagi. Bila semua dah berkumpul agenda pertama yang kitorang buat adalah makan. Memandangkan nak buat aktiviti yang agak lasak, kami makan yang light-light je dekat Sun Inn Corner.

Ni dah isi perut dekat Sun Inn Corner kat belakang tu. Abaikan iols yang tembam tu

Almost 9.45 AM, kami berarak ke pintu masuk Sunway Lagoon Theme Park sebab theme park ni bukak pukul 10:00 AM. And then, kami pun tak perlu beratur beli ticket dan sebagainya sebab da dapat 3 hari sebelum dari HR department. Benda pertama yang kitoang buat sebelum masuk of course la selfie dan selfie. Masa nak masuk tu, staff akan pakaikan bracelet yang berbar kod dekat lengan so takdela timbul masalah hilang atau yang sewaktu dengannya diikuti dengan process check bag.

Thursday, 14 July 2016

French Vanilla Mealshake dari Shaklee




Kalau sebut pasal drink shake mesti terbayang-bayang kesedapan kegebuan minuman yang enak dan lazat. Sedap je masuk anak tekak. Betul tak? Tak kisahlah milk shake ke, chocolate shake ke, strawberry shake ke, kebanyakan jenis minuman ini memang terkenal dengan kesedapan rasa minuman itu sendiri.

Meal Shakes dari Shaklee adalah salah satu produk Shaklee yang terkenal di kalangan ibu bapa dan kanak-kanak. Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Meal Shakes Shaklee menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap asid amino yang diperlukan badan. Ia juga menyediakan asid amino asli yang terdapat dalam protein yang diperlukan dan juga tidak diperlukan oleh badan

Mealshake Shaklee sesuai bukan sahaj untuk kanak-kanak malah juga sesuai untuk seisi keluarga, mereka yang aktif bersukan, ibu hamil dan sesuai bagi mereka yang sedang berdiet.


ALL COPYRIGHT RESERVED TO KEAFIRZA @ 2018